Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 cedera dalam nahas berangkai di PIE

Seramai tiga orang mengalami kecederaan menyusuli satu kemalangan berangkai di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) petang tadi (18 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
3 cedera dalam nahas berangkai di PIE

Gambar: Tony Ng/Facebook

Diterbitkan : 18 Nov 2017 10:24PM Dikemas Kini : 18 Nov 2017 10:34PM

SINGAPURA: Seramai tiga orang mengalami kecederaan menyusuli satu kemalangan berangkai di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) petang tadi (18 Nov). Mediacorp difahamkan bahawa kemalangan itu melibatkan sebanyak lapan kenderaan.

Kemalangan itu berlaku sebelum jalan susur keluar Eunos menghala ke Lapangan Terbang Changi. Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa ia dimaklumkan tentang insiden itu sekitar pukul 3.20 petang.

Dua orang dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH) manakala seorang lagi dibawa ke Hospital Besar Changi.

Mediacorp difahamkan bahawa dua orang yang dibawa ke KKH adalah seorang ibu dan anaknya. Kedua-duanya mengalami cedera ringan.

Kemalangan berkenaan menyebabkan kesesakan lalu lintas. Malah, pada satu ketika kesesakan itu memanjang hingga ke CTE.

Kesesakan itu berlarutan selama sekurang-kurangnya dua jam, menurut kiriman Twitter Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan