Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 cedera dalam kebakaran e-skuter di flat Cashew Road

Tiga orang mengalami luka terbakar selepas satu kebakaran berlaku di sebuah flat yang terletak di tingkat enam, 132 Cashew Road, sehari sebelum Tahun Baru Cina. Demikian menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu catatan Facebook pada Selasa (5 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Feb 2019 04:27PM Dikemas Kini : 06 Feb 2019 12:14AM

SINGAPURA: Tiga orang mengalami luka terbakar selepas satu kebakaran berlaku di sebuah flat yang terletak di tingkat enam, apartmen di 132 Cashew Road, sehari sebelum Tahun Baru Cina. Demikian menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu catatan Facebook pada Selasa (5 Feb).

Tiga penghuni flat berkenaan dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH) di mana mereka sedang beransur pulih daripada kecederaan yang dialami, menurut SCDF.

Siasatan awal menunjukkan bahawa kebakaran itu berpunca daripada sebuah e-skuter yang diletakkan di dalam salah sebuah bilik tidur dalam flat berkenaan, menurut SCDF lagi.

SCDF turut mengingatkan orang ramai mengenai langkah-langkah mencegah kebakaran seumpama itu menerusi infografik keselamatan kebakaran yang dimuat naikkan di laman Facebooknya.  

Sumber : CNA/AI/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan