Skip to main content

Singapura

3 AP Melayu cedok pengalaman SM Lee, bincang isu semasa dan landskap global

Tiga Anggota Parlimen (AP) Melayu berpeluang bincang dan cedok pengalaman Menteri Kanan Lee Hsien Loong dalam sesi makan tengah hari bersama beliau pada Rabu (15 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
3 AP Melayu cedok pengalaman SM Lee, bincang isu semasa dan landskap global

Encik Saktiandi Supaat, Dr Wan Rizal dan Encik Sharael Taha dalam satu sesi makan tengah hari bersama Menteri Kanan Lee Hsien Loong. (Gambar: Instagram/saktiandisupaat)

Diterbitkan : 16 Apr 2026 09:03AM
SINGAPURA: Tiga Anggota Parlimen (AP) Melayu berpeluang bincang dan cedok pengalaman Menteri Kanan Lee Hsien Loong dalam sesi makan tengah hari bersama beliau pada Rabu (15 Apr).

Menerusi catatan di Facebook, AP GRC Bishan-Toa Payoh Saktiandi Supaat berkongsi bahawa beliau bersama dua AP, Sharael Taha dan Wan Rizal, mengadakan perbincangan meluas dengan Encik Lee berhubung pelbagai isu semasa yang membentuk landskap global.
Related article image
Encik Saktiandi Supaat (kiri), Dr Wan Rizal (dua dari kiri) dan Encik Sharael Taha (paling kanan) bergambar bersama Menteri Kanan Lee Hsien Loong pada 15 April 2026. (Gambar: Instagram/saktiandisupaat)
“Kami mengadakan perbincangan yang mendalam dan meluas mengenai landskap global yang berubah-ubah serta implikasinya terhadap Singapura, daripada perubahan ekonomi dan risiko luaran hingga pentingnya untuk terus menyesuaikan diri dan berpandangan jauh,” tulis Encik Saktiandi dalam catatannya itu.

Beliau turut melahirkan penghargaan atas pandangan Encik Lee yang disifatkan sebagai "jujur dan bernas", berlandaskan pengalamannya yang luas.

“Saya berterima kasih atas peluang untuk meluangkan masa bersama Encik Lee serta bagi menimba ilmu dan merenung kembali,” kata Encik Saktiandi berhubung pengalamannya berinteraksi dengan Encik Lee.
Sumber : Sumber Web/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita