Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3 ahli kongsi gelap diberkas; teriak ikrar taat setia samseng semasa upacara persemadian

Polis memberkas tiga lelaki berusia antara 45 dengan 62 tahun kerana menganggotai kumpulan kongsi gelap.

Anggaran Waktu Membaca:
3 ahli kongsi gelap diberkas; teriak ikrar taat setia samseng semasa upacara persemadian

Petikan video yang tular di media sosial, di mana cogan kata kongsi gelap kedengaran semasa upacara persemadian di Havelock Road. (Gambar: Facebook/SG Chinese Community)

Diterbitkan : 29 May 2021 02:36PM Dikemas Kini : 29 May 2021 02:39PM

SINGAPURA: Polis memberkas tiga lelaki berusia antara 45 dengan 62 tahun kerana menganggotai kumpulan kongsi gelap.

Penangkapan itu berhubung dengan insiden di mana ikrar taat setia kumpulan kongsi gelap dilaungkan berulang kali semasa satu upacara persemadian diadakan di Havelock Road pada Rabu lalu, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dalam kenyataan medianya pada Jumaat (28 Mei).

"Siasatan polis menunjukkan anggota-anggota kumpulan samseng itu melaungkan ikrar taat setia kepada kumpulan samseng mereka sambil menunjukkan isyarat tangan bagi menunjukkan kesetiaan mereka kepada kumpulan tersebut," menurut SPF.

SPF turut mendedahkan bahawa rakaman video insiden itu tersebar online.

Dalam rakaman video yang tular di Facebook, kedengaran seorang lelaki yang berkemeja-T gelap melaung-laungkan ikrar taat setia sambil mengangkat tangannya di tengah-tengah satu upacara persemadian. Sekurang-kurangnya seorang lagi lelaki menyambut laungannya itu.

Beberapa orang lain juga kelihatan berarak mengiringi keranda berkenaan.

Siasatan sedang dijalankan.

Polis juga sedang menyiasat sebarang pelanggaran peraturan jarak selamat yang mungkin berlaku semasa upacara persemadian tersebut.

Mereka yang disabit kesalahan menganggotai kumpulan kongsi gelap, boleh dipenjara sehingga tiga tahun, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Sesiapa yang didapati bersalah kerana melanggar perintah kawalan di bawah Peraturan COVID-19 (Langkah-Langkah Sementara) (Perintah Kawalan) 2020 boleh dipenjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya sekali.

"Polis tidak akan bertolak ansur terhadap kegiatan kongsi gelap dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa saja yang dikaitkan dengan kumpulan-kumpulan samseng dan melanggar undang-undang secara terang-terangan. 

Sumber : CNA/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan