Skip to main content

Singapura

3,700 kambing korban boleh ditempah mulai esok, harga sama seperti tahun lalu

Orang ramai boleh mula membuat tempahan bagi kambing-kambing korban mulai esok (3 Jul) hingga 8 Ogos.

Anggaran Waktu Membaca:
3,700 kambing korban boleh ditempah mulai esok, harga sama seperti tahun lalu

Semua 3,700 kambing sudah tiba di Singapura bagi ibadah korban. (Gambar: MUIS)

Diterbitkan : 02 Jul 2018 05:00PM Dikemas Kini : 02 Jul 2018 09:49PM

SINGAPURA: Orang ramai boleh mula membuat tempahan bagi kambing-kambing korban mulai esok (3 Jul) hingga 8 Ogos.

Seperti tahun lalu, sebanyak 3,700 ekor kambing dari Australia akan dibawa masuk ke Singapura untuk Hari Raya Haji ini.

Demikian menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS) hari ini (2 Jul).

Harga bagi setiap ekor kambing adalah $485, sama seperti tahun lalu.

Syarikat Big Foot Logistics Pte Ltd juga merupakan pembekal kambing korban yang diluluskan (AKV) bagi tahun ini yang dilantik selama dua tahun di bawah sistem tender.

Ia mengimport kambing korban ke Singapura dengan mematuhi Sistem Jaminan Rangkaian Bekalan Pengeksport (Escas) Australia yang bertujuan menjaga kebajikan haiwan, merangkumi penilaian daripada aspek ladang ternakan sehingga ke pusat penyembelihan.

Ibadah Korban 2018 akan dijalankan di 26 masjid di merata Singapura.

Selain daripada masjid-masjid tersebut, Persatuan Muhammadiyah Singapura dan Persatuan Jamiyah Singapura juga masih menawarkan kambing-kambing korban tersebut.

Orang ramai yang mahu menjalankan ibadah korban boleh membuat pendaftaran di 26 masjid yang disenaraikan di bawah ini:

Masjid Ahmad Ibrahim

Masjid An-Nahdhah

Masjid An-Nur

Masjid Assyafaah

Masjid Darul Makmur

Masjid En-Naeem

Masjid Haji Yusoff

Masjid Omar Salmah

Masjid Petempatan
Melayu Sembawang

Masjid Al-Amin

Masjid Jamae Chulia

Masjid Jamiyah Ar-
Rabitah

Masjid Sultan

Masjid Al-Istighfar

Masjid Al-Mawaddah

Masjid Alkaff Kg Melayu

Masjid Darul Aman

Masjid Kampung Siglap

Masjid Al-Firdaus

Masjid Al-Iman

Masjid Al-Khair

Masjid Al-Mukminin

Masjid Ar-Raudhah

Masjid Assyakirin

Masjid Hang Jebat

Masjid Tentera Di-Raja 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita