Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

3,700 kambing disediakan bagi ibadah korban

Sebanyak 3,700 kambing disediakan di 26 masjid bagi ibadah korban tahun ini. Demikian menurut kenyataan Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS) pada Selasa (25 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
3,700 kambing disediakan bagi ibadah korban

Gambar fail kambing korban. (Gambar: MUIS)

Diterbitkan : 25 Jun 2019 04:43PM Dikemas Kini : 25 Jun 2019 04:47PM

SINGAPURA: Sebanyak 3,700 kambing disediakan di 26 masjid bagi ibadah korban tahun ini. Demikian menurut kenyataan Jawatankuasa Korban Masjid-Masjid Singapura (JKMS) pada Selasa (25 Jun).

Setiap kambing berharga S$480, kurang S$5 berbanding harga tahun lalu.

Jumlah kambing yang disediakan untuk ibadah korban pula sama seperti tahun lalu.

Syarikat Big Foot Logistic, juga dikekalkan untuk membawa masuk kambing korban dari Australia, salah satu daripada negara yang diluluskan oleh Agensi Makanan Singapura (SFA).

"JKMS terus bekerjasama dengan SFA dan Jabatan Haiwan dan Veterinar (AVS), dari kelompok Lembaga Taman Negara, untuk meneroka sumber bekalan yang memenuhi piawai tinggi keselamatan makanan di Singapura dan kesihatan binatang serta kebajikan haiwan," menurut jawatankuasa itu dalam satu kenyataan pada Selasa.

"Semua pusat korban akan mengamalkan prosedur operasi yang sama bagi perkara-perkara termasuk pengangkutan, pengendalian dan penyembelihan kambing."

Menurut JKMS, pusat-pusat tersebut akan mematuhi piawai kebajikan haiwan yang diterima di peringkat antarabangsa.

Pendaftaran bagi ibadah korban tahun ini dibuka mulai esok (26 Jun) hingga 26 Julai, sementara stok masih ada.

Orang ramai boleh memuat turun borang di www.muslim.sg atau mendapat borang dari masjid-masjid. 

Sumber : CNA/NA/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan