3,000 warga tua turun padang ke pesta Generasi Merdeka
Teknologi bukan sesuatu yang perlu ditakuti jika rakyat tempatan mempunyai fikiran terbuka.
SINGAPURA: Teknologi bukan sesuatu yang perlu ditakuti jika rakyat tempatan mempunyai fikiran terbuka.
Menteri Bertanggungjawab bagi Negara Bijak, Dr Vivian Balakrishnan berkata demikian di satu pesta Generasi Merdeka yang bertujuan menjadikan pelaksanaan digital lebih inklusif.
Sekitar 3,000 warga tua datang ke acara itu yang turut menampilkan satu klinik digital.
Di klinik itu, mereka dapat mempelajari pelbagai perkara tentang internet termasuk platform-platform boleh digunakan.
Antaranya, bagaimana untuk mereka masuk ke rangkaian Wireless@SG dan mengakses portal khidmat pemerintah.
"Saya ingin menggalak anda untuk bermula dengan langkah-langkah kecil. Biasakan diri dengan fungsi asas sebuah telefon bijak. Anda boleh mula belajar dengan mempelajari cara untuk terhubung dengan Internet, memuat turun aplikasi yang membawa manfaat kepada anda dan boleh membantu anda dalam rutin harian anda," menurut Menteri bagi Negara Bijak, Dr Vivian Balakrishnan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.