3,000 pekerja bakal dapat faedah Model Gaji Progresif
Mulai 1 Januari tahun depan, setiap pekerja dalam sektor penyenggaraan taman atau landskap akan menerima bonus sekurang-kurangnya gaji dua minggu.
SINGAPURA: Mulai 1 Januari tahun depan, setiap pekerja dalam sektor penyenggaraan taman atau landskap akan menerima bonus sekurang-kurangnya gaji dua minggu.
Mereka juga akan menerima kenaikan gaji tahunan dari tahun 2023 hingga 2025.
Sekitar 3,000 pekerja akan mendapat faedah daripada Model Gaji Progresif atau PWM itu.
Semua saranan PWM yang dikemukakan oleh Perikatan Tiga Pihak bagi Kelompok Landskap sudah diterima Pemerintah hari ini.
PWM menetapkan gaji minimum bagi peringkat pekerjaan yang berbeza dan kenaikan gaji berdasarkan kemahiran pekerja.
Syarikat-syarikat yang mahu memohon kontrak pemerintah, perlu menggunakan model gaji tersebut.
PWM meliputi rakyat serta Penduduk Tetap Singapura yang telah bekerja dengan majikan yang sama sekurang-kurangnya 12 bulan.
Model gaji itu juga meliputi beberapa lagi industri seperti pembersihan, keselamatan dan penyenggaraan lif.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.