3,000 karton rokok tidak dibayar cukai ditemui dalam lori
Satu percubaan menyeludup 3,000 karton rokok tidak dibayar cukai menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands berjaya dipatahkan para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Sabtu (15 Jun).
(Gambar: ICA)
SINGAPURA: Satu percubaan menyeludup 3,000 karton rokok tidak dibayar cukai menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands berjaya dipatahkan para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Sabtu (15 Jun).
Menerusi catatan di Facebook pada Isnin (17 Jun), ICA menyatakan para pegawainya mengesan rokok-rokok tidak dibayar cukai itu dalam sebuah lori berdaftar di Malaysia.
Para pegawainya mula curiga apabila menyedari terdapat keganjilan dalam gambar imbasan muatan yang dibawa lori itu.
Barangan tersebut diisytiharkan sebagai "bahan pelekat dan silikon asetik pelbagai guna".
ICA sudah merujukkan kes melibatkan pemandu warga Malaysia berusia 41 tahun itu kepada Kastam Singapura bagi siasatan lanjut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.