Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

296,000 keluarga sudah mengambil beg cenderamata NDP 2020

Hari ini (20 Jul) merupakan hari pertama setiap keluarga rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) boleh mengambil satu beg cenderamata Singapura Bersama. Setiap keluarga boleh menerima hanya satu beg sahaja.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Hari ini (20 Jul) merupakan hari pertama setiap keluarga rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) boleh mengambil satu beg cenderamata Singapura Bersama.

Setiap keluarga boleh menerima hanya satu beg sahaja.

Jawatankuasa NDP2020 menyatakan, lebih 296,000 keluarga sudah menerima beg cenderamata Singapura Bersama itu hari ini (20 Jul).

PERASAN GHAIRAH MELIPUTI KELAB MASYARAKAT PASIR RIS ELIAS

Sebelum 9.30 pagi, orang ramai sudah beratur panjang untuk mengambil beg-beg cenderamata NDP, yang hanya mula diagihkan tepat 10.00 pagi.

Pada sejam pertama sahaja, lebih 200 penduduk sudah mengambil beg NDP masing-masing di CC tersebut.

Mereka berkongsi rasa gembira dan bangga mendapatkan beg-beg NDP tersebut pada hari pertamanya.

"Sebagai anak Singapura, kita orang lama, mestilah semangat nak dapatkan beg cenderamata ini. Kalau tak ada macam tak sedap pula," ujar Cik Mila yang merupakan antara penduduk yang sudah beratur dari sebelum jam 9.30 pagi lagi.

Encik Abdul Rahman Mohd Zin pula berkata: "Gembira, terharu dan rasa macam bangga dapat cenderamata Hari Kebangsaan ini."

Encik Idris Yunos menambah: "Bangga itu memang ada tetapi rasa gembira menyambut kedatangan Hari Kebangsaan yang akan datang."

"Saya memang ghairah. Selalunya dapat beg selalu bahagikan kepada keluarga dan kawan-kawan. Untuk tahun ini, saya ingin simpan untuk diri saya sendiri," kata Cik Sheila Hassan.

LANGKAH KESELAMATAN DILAKSANAKAN UNTUK MENGAMBIL BEG

Kad pengenalan diperlukan sebagai pengesahan untuk mendapatkan beg-beg itu.

Namun demikian, masih ada segelintir penduduk yang datang tanpa membawa kad pengenalan masing-masing.

Sebagai langkah-berjaga-jaga pula, langkah jarak selamat, pemeriksaan suhu badan mereka dan SafeEntry diterapkan.

Meskipun demikian, proses mengambil beg-beg NDP mengambil masa kurang dua minit sahaja.

Menteri Kanan Teo Chee Hean turut hadir untuk mengagihkan beg-beg cenderamata Singapura Bersama.

Beliau berkata: "Hari ini adalah hari pertama pengagihan beg-beg Singapura Bersama untuk Hari Kebangsaan tahun ini. Saya sangat gembira melihat ramai penduduk di Kelab Masyarakat Pasir Ris Elias yang datang untuk mengambil beg-beg mereka."

"Ini tahun istimewa kerana kita menyambut Hari Kebangsaan di tengah-tengah krisis kesihatan dan ekonomi akibat COVID-19. Tapi ini juga satu peluang bagi kita menunjukkan cinta dan perpaduan kita (kepada negara) dengan menyambut Hari Kebangsaan bersama-sama."

KANDUNGAN BEG SINGAPURA BERSAMA

Beg-beg cenderamata NDP tahun ini menampilkan 20 corak menarik yang berbeza.

Setiap beg juga diisikan dengan salah satu daripada 55 hasil lukisan beberapa pelukis kurang upaya dan murid-murid Darjah 5.

Bendera Singapura saiz kecil juga disediakan di samping kad ikrar dan buku kecil baucar e-diskaun.

Bendera Singapura ukuran penuh pula akan diberikan atas permintaan sahaja.

Dalam usaha memerangi COVID-19 pula, beg-beg diisikan dengan pelitup, cecair pembasmi kuman dan termometer.

Beg-beg NDP boleh diambil di 109 kelab masyarakat (CC) sehingga 2 Ogos dan 661 pejabat jawatankuasa penduduk (RC) sehingga minggu depan (26 Jul) di serata negara. 

Sumber : BERITA Mediacorp/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan