290,000 rumah sudah pasang meter bijak bagi pantau penggunaan elektrik
Semua pemilik rumah boleh memantau penggunaan elektrik di rumah masing-masing dengan memasang Meter Elektrik Maju (AEM) dalam tempoh lima tahuni ni.
SINGAPURA: Semua pemilik rumah boleh memantau penggunaan elektrik di rumah masing-masing dengan memasang Meter Elektrik Maju (AEM) dalam tempoh lima tahuni ni.
Ia salah satu inisiatif baru yang dilaksanakan oleh Penguasa Pasaran Tenaga (EMA), SP Group serta Kementerian Sekitaran dan Sumber Air (MEWR), untuk mencapai kecekapan guna tenaga yang lebih baik.
Sekitar 290,000 rumah sudahpun memasang "meter bijak" itu.
Pengguna boleh memantau penggunaan elektrik menerusi satu aplikasi di telefon bimbit.
App tersebut memberi perkembangan terkini setiap setengah jam sambil menganalisis data agar pengguna boleh memahami corak penggunaan tenaga.
Mulai Disember ini, EMA dan MEWR akan memulakan satu tinjauan selama enam bulan, melibatkan 1,000 isi rumah di Jurong yang sudah mempunyai meter baru itu.
Keluarga-keluarga terlibat akan menerima Laporan Kecekapan Tenaga isi rumah setiap bulan.
Mereka juga akan diberi tip-tip untuk membantu menjimatkan kuasa elektrik di rumah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.