29 perokok didenda kerana miliki rokok tidak dibayar cukai
Seramai 29 perokok dekat Yew Tee Point dan Jurong Point didenda pada Isnin (26 Nov) kerana didapati memiliki rokok-rokok yang tidak dibayar cukai atau rokok haram.
Pesalah kali pertama yang memiliki sehingga satu paket rokok yang tidak dibayar cukai akan didenda S$500. (Gambar: Kastam Singapura)
SINGAPURA: Seramai 29 perokok dekat Yew Tee Point dan Jurong Point didenda pada Isnin (26 Nov) kerana didapati memiliki rokok-rokok yang tidak dibayar cukai atau rokok haram.
Menurut catatan di laman Facebooknya pada Khamis (29 Nov), Kastam Singapura menyatakan bahawa para pegawainya menjalankan pemeriksaan ke atas para perokok di kawasan itu dan mengeluarkan denda antara S$500 hingga S$800 terhadap para pesalah.
"Kastam Singapura sering menjalankan operasi seumpama itu di merata negara untuk menyekat permintaan rokok-rokok yang tidak dibayar cukai," tambahnya.
Pesalah kali pertama yang memiliki sehingga satu paket rokok yang tidak dibayar cukai akan didenda S$500.
Hukuman lebih berat akan dikenakan sekiranya pesalah itu didapati memiliki lebih daripada satu paket rokok haram dan/atau individu berkenaan adalah pesalah berulang.
Pada awal bulan ini, para pegawai Kastam merampas hampir 12,000 karton rokok yang tidak dibayar cukai semasa serbuan-serbuan yang dijalankan di kawasan perindustrian Tuas.
Pada 23 November pula, para pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) merampas 7,500 karton rokok yang tidak dibayar cukai di Pusat Pemeriksaan Tuas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.