Skip to main content

Singapura

2.8kg heroin antara dadah dirampas di Bedok, 2 suspek ditahan

Anggaran Waktu Membaca:
2.8kg heroin antara dadah dirampas di Bedok, 2 suspek ditahan

(Gambar: CNB)

Diterbitkan : 02 Sep 2024 09:39PM
SINGAPURA: Dua suspek diberkas setelah sejumlah besar dadah heroin dan bahan dadah lain dirampas dari sebuah unit perumahan di Bedok.

Biro Narkotik Pusat (CNB) menyatakan ia menyerbu sebuah unit di Bedok North Avenue 4 pada Jumaat (30 Ogos).

Barangan yang dirampas termasuk 2.8 kilogram heroin, 385 gram ganja, 51 gram 'Ecstacy', 9 gram 'Ketamine' dan 12 pill 'Erimin-5'.

Dua warganegara Singapura, seorang wanita 38 tahun dan seorang lelaki berusia 41 tahun,ditangkap di unit berkenaan.

Menurut CNB, dadah yang dirampas bernilai sekitar S$343,000 yang boleh memenuhi ketagihan sekitar 1,550 orang yang menyalahgunakan dadah setiap minggu.

Sesiapa yang didapati bersalah mengesan lebih daripada 15g heroin tulen atau lebih daripada 250g methamphetamine mungkin berdepan hukuman mati mandatori.

Siasatan terhadap aktiviti dadah suspek sedang dijalankan, tambah CNB.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita