Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

28,000 anggota kesatuan bergaji rendah terima bantuan tunai S$150 sekali saja

Secara keseluruhan, S$3.66 juta akan diperuntukkan di bawah Dana Penjagaan bagi Bantuan Khas oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Aug 2022 05:34PM Dikemas Kini : 20 Aug 2022 11:01PM
SINGAPURA: Sekitar 28,000 anggota kesatuan sekerja bergaji rendah akan mendapat bantuan wang tunai sekali saja berjumlah S$150.

Ini demi membantu dengan perbelanjaan harian yang semakin tinggi di tengah-tengah kos sara hidup yang meningkat.

Secara keseluruhan, S$3.66 juta akan diperuntukkan di bawah Dana Penjagaan bagi Bantuan Khas oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).

Mereka yang tinggal bersama keluarga akan mendapat bantuan penuh tetapi pendapatan bagi seluruh isi rumah mesti berjumlah S$3,400 ke bawah.

Sementara itu, para anggota kesatuan sekerja yang ahli keluarganya tidak duduk serumah pula akan mendapat S$60 jika gaji mereka kurang S$1,500 sebulan.

Bantuan yang dilancarkan itu adalah yang terkini daripada Tabung NTUC U-Care, yang sudah mengagihkan S$110 juta sejak ditubuhkan pada 2009.

"Ini selain daripada langkah sokongan pemerintah melalui baucar U-Save, bil api air dan sebagainya. Ia secara keseluruhan membantu meringankan tekanan khususnya bagi keluarga berpendapatan rendah dan kami berharap melalui ini, kita dapat bergerak ke hadapan bersama serta mengharungi cabaran kos sara hidup yang tinggi," kata Timbalan Setiausaha Agung NTUC Desmond Tan.

Anggota kesatuan berkata bantuan tersebut akan membantu mereka dalam perbelanjaan barangan dapur serta kos harian anak-anak.

Namun, mereka berharap akan ada lebih banyak bantuan berterusan sedemikian yang dihulurkan berbanding bantuan sekali saja.
 
Sumber : CNA/RU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan