28 orang ditangkap guna vape sejak diharamkan pada Februari
Penguasa Sains Kesihatan (HSA) menangkap 28 orang yang menggunakan vape dalam tempoh empat bulan sejak undang-undang yang mengharamkan peranti-peranti sedemikian berkuat kuasa pada bulan Februari tahun ini.
(Gambar hiasan: Jason Lee/ Reuters)
SINGAPURA: Penguasa Sains Kesihatan (HSA) menangkap 28 orang yang menggunakan vape dalam tempoh empat bulan sejak undang-undang yang mengharamkan peranti-peranti sedemikian berkuat kuasa pada bulan Februari tahun ini.
Sehingga Februari lalu, meskipun penjualan dan pengimportan rokok elektrik tidak dibenarkan, penggunaan dan pemilikan vape masih tidak dikawal undang-undang di negara ini.
Apabila ditanya bagaimana pengguna-pengguna ini diketahui menggunakan vape, seorang jurucakap HSA mengatakan bahawa sepanjang penguatkuasaan dijalankan, para pengawainya akan mencari mereka yang menggunakan vape, termasuk e-rokok.
HSA memberikan perkembangan ini semasa menjawab pertanyaan Mediacorp. Pada awal Januari tahun lalu sehingga hujung Mei tahun ini, pihak berkuasa menangani 2,161 kes melibatkan pengimportan vape dan 120 kes di mana produk-produk sedemikian dijual. Mereka yang disyaki mengimport peranti-peranti sedemikian dipercayai membeli produk tersebut dari Malaysia dan cuba membawanya masuk ke Singapura bagi kegunaan sendiri.
Para penjaja vape dikesan melalui usaha pengawasan HSA, maklum balas daripada orang awam, dan risikan antara rakan-rakan agensi, tambah jurucakap itu.
"Vape yang dikesan dikirim melalui pos atau di pusat pemeriksaan oleh Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan dirujuk kepada kami bagi siasatan," tambah jurucakap HSA.
Semua vape yang dirampas akan dihapuskan. Para pengguna yang ditemui Mediacorp turut mendedahkan bahawa mereka sebelum ini membuat pesanan bagi peranti-peranti tersebut dari luar negara, atau membawanya masuk dari Malaysia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.