28 jemaah yang terkandas 11 hari di Doha, selamat kembali ke SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tangisan lega dan pelukan hangat menyambut kepulangan sekumpulan jemaah Singapura, ILM Tours, di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi sekitar 3 petang pada Rabu (11 Mac).
Mereka akhirnya pulang ke tanah air dengan penerbangan Saudia SV856, selepas berdepan ketidaktentuan mengenai perjalanan pulang mereka.
Rombongan yang terdiri daripada 28 jemaah dan empat pegawai itu berada di Qatar selama 11 hari tanpa kepastian mengenai penerbangan pulang.
Rombongan itu pada asalnya sepatutnya ke Baitulmaqdis menerusi Jordan.
Namun, penerbangan mereka ke Amman terpaksa berpatah balik ke Doha pada 28 Februari lalu selepas peperangan tercetus di rantau tersebut.
Penginapan dan makanan mereka selama 11 hari di Doha ditanggung Qatar Airways dan akhirnya berjaya mendapat penerbangan pulang ke Singapura.
Seorang jemaah, Siti Meriam Rais, 64 tahun, berkata beliau sangat terharu melihat ahli keluarga yang datang menyambut kepulangannya.
“Hari ini semua anak-anak saya, adik-beradik dan rakan sekerja datang menyambut saya. Saya rasa sangat terharu kerana tak sangka ini adalah pengalaman yang agak menakutkan bagi saya tapi Alhamdulillah, saya bersyukur akhirnya dapat pulang ke Singapura,” kata beliau yang bertugas sebagai pengurus jururawat kanan di Hospital Universiti Nasional (NUH).

CABARAN SEPANJANG PERJALANAN PULANG
Sepanjang tempoh menunggu untuk pulang, para jemaah turut berdepan suasana mencemaskan di rantau tersebut.
Ada antara mereka menyaksikan sendiri kejadian peluru berpandu dipintas di udara serta mendengar letupan kuat ketika berada di sana.
Seorang lagi jemaah, Hasnah Abdulla, 63 tahun, berkata mereka hampir setiap hari menyaksikan kejadian tersebut.
“Setiap hari kami nampak peluru berpandu terbang dan dipintas. Kalau dari arah tertentu kami tidak nampak, kami masih boleh dengar letupan yang sangat kuat,” kata beliau yang pergi bersama suaminya.
Rombongan yang diketuai Ustazah Shameem Sultanah itu merangkumi lebih 10 penumpang warga emas, seorang penumpang berkerusi roda serta seorang kanak-kanak berusia tiga tahun.
Selain berdepan situasi keselamatan yang tidak menentu,rombongan tersebut juga terpaksa menunggu lama di lapangan terbang sebelum akhirnya diberikan penginapan sementara.
Sepanjang berada di Doha, Qatar Airways menyediakan penginapan serta makanan untuk mereka, kongsi Ustazah Shameem.
Menurut beliau, kemudahan yang disediakan sangat baik dan semua kos penginapan serta makanan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat penerbangan tersebut.
Apabila ditanya mengenai pilihan untuk pulang menaiki pesawat komersial, Ustazah Shameem menjelaskan bahawa rombongan tersebut sudah dinasihatkan lebih awal untuk membuat sendiri aturan penerbangan pulang sebelum adanya pengumuman tentang penerbangan yang disediakan pemerintah pada 12 Mac untuk bawa pulang warga Singapura dari Riyadh.
“Pihak MFA kemudian menasihatkan kami supaya membuat sendiri pengaturan penerbangan untuk pulang ke Singapura. Jadi kami cuba mencari penerbangan sendiri," jelas beliau lanjut.
“Alhamdulillah, dengan bantuan kenalan kami yang mempunyai hubungan dengan Saudia Airline di sini, ia banyak membantu kami mendapatkan tempat dalam penerbangan untuk pulang ke Singapura," tambahnya lagi.

PENGAJARAN DARIPADA PERJALANAN SULUNG
Mengimbas pengalaman tersebut, beliau menyifatkan perjalanan itu sebagai satu pengalaman yang penuh dengan pengajaran.
Ini lebih-lebih lagi kerana ia merupakan rombongan pertama yang dianjurkan oleh ILM Tours.
Syarikat itu hanya menerima lesen operasinya pada 1 Januari 2026, selepas berbulan-bulan membuat persiapan untuk menjayakan perjalanan sulung ke Al-Aqsa tersebut.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada mereka yang mengikuti perkembangan rombongan tersebut serta mendoakan keselamatan mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/bk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.