28 agensi pemerintah bersedia laksana pelan jerebu jika mutu udara SG bertambah buruk
Kementerian Kesihatan (MOH) sedang mempersiapkan hospital dan penyedia jagaan masyarakat untuk menghadapi kemungkinan berlaku jerebu yang teruk.
Keadaan sedikit berjerebu di sekitar kawasan pusat perniagaan Singapura dan Marina Promenade pada 15 Ogos 2026. (Gambar fail: CNA/Raydza Rahman)
MOH menggesa institusi-institusi tersebut supaya memastikan bekalan pelitup N95 dan alat penapis udara mencukupi.
Langkah itu sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlaku lonjakan kemasukan ke hospital akibat masalah kesihatan berkaitan jerebu.
28 AGENSI PEMERINTAH SEDIA LAKSANA PELAN TINDAKAN
Pasukan Bertindak Jerebu (HTF) menyatakan pelan tindakan melibatkan 28 agensi pemerintah sudah bersedia dilaksanakan sekiranya mutu udara semakin buruk.
Sekolah-sekolah misalnya akan menyesuaikan aktiviti luar bilik darjah dan menghidupkan alat penapis udara jika perlu.
Para peruncit utama juga diminta memantau bekalan pelitup N95 dan menambah bekalan sekiranya permintaan meningkat.
Menurut HTF, langkah-langkah tersebut akan dipertingkatkan berdasarkan tahap gangguan jerebu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.