Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

27 orang di siasat polis atas pelbagai kesalahan selepas sekatan perniagaan hiburan malam dilonggarkan

Anggaran Waktu Membaca:
27 orang di siasat polis atas pelbagai kesalahan selepas sekatan perniagaan  hiburan malam dilonggarkan

Sebuah pusat hiburan malam di Middle Road. (Gambar: SPF)

SINGAPURA: Seramai 27 orang disiasat polis atas pelbagai kesalahan selepas Singapura melonggarkan sekatan ke atas perniagaan hiburan malam, kata Pasukan Polis Singapura (SPF) pada Jumaat (29 Apr).

Antara 19 Apr dengan 26 Apr, pegawai dari SPF, Lembaga Pelancongan Singapura, Penguasa Pembangunan Semula Bandar, Enterprise Singapore, Agensi Makanan Singapura, Penguasa Tanah Singapura dan Perbadanan Pembangunan Sentosa menjalankan pemeriksaan penguatkuasaan di 406 pusat hiburan awam merata pulau untuk “memastikan penyambungan semula perniagaan hiburan malam dengan selamat”.

Semasa operasi tersebut, 14 pusat hiburan awam dan hiburan malam berlesen dan tidak berlesen didapati telah melanggar beberapa peraturan di bawah Akta Hiburan Awam, Akta Kawalan Arak (Bekalan dan Penggunaan) dan Undang-undang COVID-19 (Langkah Sementara) (Arahan Kawalan Pembukaan Semula).

Dua daripada cawangan itu diberi arahan tutup kerana melanggar langkah pengurusan selamat. Mereka juga boleh didenda atau didakwa, kata polis.

Cawangan tersebut gagal menjalankan pemeriksaan untuk mengesahkan status vaksinasi pelanggan sebelum membenarkan mereka masuk, dan gagal mengurangkan interaksi fizikal antara pelanggan dan kakitangan. Secara keseluruhan, 23 orang didenda kerana tidak mematuhi langkah pengurusan selamat.

27 orang yang disiasat termasuk pengendali, kakitangan dan pelanggan perniagaan tersebut.

Mereka disiasat atas pelbagai kesalahan, termasuk menyediakan hiburan awam tanpa lesen yang sah, menjadi anggota kumpulan gelap, menimbulkan gangguan semasa mabuk dan perjudian jarak jauh.

Menurut polis sebuah perniagaan di Middle Road didakwa beroperasi sebagai bar walaupun hanya mempunyai kebenaran untuk mengendalikan restoran.

Pengendali tempat itu akan disiasat kerana menyediakan hiburan awam tanpa lesen yang sah.

"Pengendali kedai itu juga dikatakan membekalkan minuman keras di luar premisnya dan gagal melaksanakan sistem pemeriksaan untuk mengesahkan status vaksinasi pelanggan sebelum membenarkan mereka masuk."

Atas kesalahan itu, pengendali, kedai berkenaan diberi notis tutup 30 hari dan akan didakwa di mahkamah, tambah polis.

Semua perniagaan hiburan malam, termasuk kelab malam dan disko, dibenarkan dibuka semula sepenuhnya mulai 19 Apr. Mereka dikehendaki mematuhi langkah pengurusan selamat yang dikenakan ke atas kedai makanan dan minuman, kedai runcit arak dan persembahan secara langsung.

Sumber : CNA/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan