Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

27 kes dera pemandu bas awam dicatat pada 11 bulan pertama 2022

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebanyak 27 kes pemandu bas awam didera oleh penumpang dicatatkan dalam 11 bulan pertama tahun ini.

Jumlah kes pada empat tahun sebelumnya adalah 35, 50, 52 dan 26.

Walaupun perangkan yang dicatatkan tahun ini lebih rendah berbanding 50 kes pada 2019 dan 52 kes pada 2020, Menteri Negara Kanan Pengangkutan Chee Hong Tat berkata, pihak berkuasa sedia menyemak peraturan sedia ada jika perlu.

Menurut beliau di Parlimen pada Isnin (28 Nov), MOT mengambil pendekatan sifar toleransi berhubung penderaan terhadap pekerja pengangkutan awam.

Penghadang keselamatan yang diuji di dalam bas pada tahun 2018 dan 2020 sudah dihentikan.

Ini disebabkan pemandu bas mendapati pancaran cahaya dari penghadang tersebut menimbulkan ancaman keselamatan ketika memandu.
Sumber : CNA/DY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan