Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

260 pemandu dilatih guna alat AED; bantu mangsa serangan jantung

Dengan lebih banyak AED disediakan di dalam masyarakat, ia boleh membantu para mangsa serangan jantung dengan lebih pantas, sekali gus menyelamatkan nyawa mereka.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekitar 260 pemandu kini dilatih untuk menggunakan Defibrilator Luaran Automatik (AED).

Dengan lebih banyak AED disediakan di dalam masyarakat, ia boleh membantu para mangsa serangan jantung dengan lebih pantas, sekali gus menyelamatkan nyawa mereka.

Seramai 50 pemandu syarikat logistik Ninjavan menjadi yang terbaru menyertai program 'AED-on-Wheels' itu.

Syarikat tersebut adalah penyedia khidmat logistik dan kiriman yang pertama untuk berbuat demikian.

Sejauh ini, program itu sudahpun disertai sekitar 100 teksi, 50 kereta sewa privet dan 10 bas mini jagaan perubatan.

Di bawah program tersebut, para pemandu berkenaan dilatih untuk melakukan bantuan pernafasan CPR.

Mereka akan menerima makluman menerusi aplikasi 'myResponder' Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) sekiranya ada insiden serangan jantung, sekitar 1.5 kilometer dari tempat mereka.

Sejak Mei, hampir 180 pemandu teksi serta khidmat sewa privet sudah bertindak balas untuk memberi respons terhadap kes-kes serangan jantung dan kebakaran kecil menerusi aplikasi tersebut.

Semasa pelancaran kerjasama antara SCDF dengan Ninja Van hari ini (7 Jul), Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Sun Xueling berkata alat-alat AED akan disediakan dalam setiap jarak 250 meter menjelang 2025.

"Peluang seseorang mangsa untuk hidup didapati merosot sebanyak 7 peratus hingga 10 peratus dengan setiap minit yang berlalu tanpa intervensi CPR.," katanya.

"Oleh itu, Pihak Pertama Bertindak dalam Masyarakat (CFR) yang terdiri daripada para pemandu di bawah program "AED Bergerak" boleh membuat perbezaan penting dalam kehidupan orang lain dengan melakukan intervensi tepat pada masanya," tambah beliau.
Sumber : CNA/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan