Skip to main content

Singapura

260 keluarga pendapatan rendah terima bantuan sehingga S$1,500 daripada program KidSTART

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 18 Oct 2025 09:25PM Dikemas Kini : 03 Nov 2025 01:51PM
SINGAPURA: 260 keluarga berpendapatan rendah di bawah program KidSTART akan menerima kelengkapan pembelajaran dan isi rumah bernilai sehingga S$1,500.

Ini termasuk meja belajar, kawasan bermain dan peti sejuk demi menjadikan persekitaran rumah lebih sesuai bagi menyokong perkembangan anak-anak mereka.

Program 'Sparkle Home' merupakan sebahagian daripada kerjasama tiga tahun bernilai lebih S$400,000 antara KidSTART dengan Yayasan Masyarakat PAP (PCF).

Semasa pelancaran inisiatif tersebut, sekitar 60 keluarga KidSTART Sparkle Homes menerima tambahan S$300 untuk membeli keperluan penting bagi pembangunan anak-anak.

Bagi sebuah pasangan dengan tiga orang anak berusia tujuh, empat dan dua tahun, keadaan di rumah kadangkala boleh menjadi berselerak.

Namun berkat pemberian almari, peti sejuk dan meja untuk membaca dan mewarna yang baharu, sekitaran rumah ini lebih mesra bagi pembangunan anak-anak.

"Sebagai ibu bapa saya ingin yang terbaik untuk anak-anak. Banyak cara mereka boleh belajar dengan KidSTART. Cara bagaimana untuk mengawal diri, emosi, kemarahan, semuanya," kata Cik Dewiyani Edi Rianto, salah seorang penerima manfaat Program KidStart.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita