26 rumah kedai di Kampong Gelam berdiri atas tanah wakaf, diurus MUIS dan Warees
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebanyak 26 rumah kedai di Kampong Glam terletak di atas tanah wakaf dan hartanah sedemikian diuruskan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) serta anak syarikatnya, Warees Investments, mengikut syarat yang ditetapkan dalam dokumen wakaf masing-masing.
Perkara ini dijelaskan oleh Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Muhammad Faishal Ibrahim dalam jawapan bertulisnya di Parlimen bagi menjawab soalan Anggota Parlimen GRC Aljunied, Fadli Fawzi.
BAGAIMANA MUIS PELIHARA NILAI SEJARAH RUMAH KEDAI
Anggota Parlimen Parti Pekerja itu turut bertanya bagaimana MUIS merancang untuk memelihara identiti kebudayaan dan nilai sejarah rumah kedai atas tanah wakaf di Kampong Gelam.
Dalam jawapan bertulisnya, Dr Faishal menjelaskan bahawa MUIS dan Warees mengambil kira identiti kebudayaan serta nilai sejarah setempat dalam pengurusan hartanah wakaf.
"Sebagai contoh, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Warees telah bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk menyokong perniagaan warisan tempatan di Kampong Gelam, dalam sektor seperti makanan dan minuman (F&B) serta runcit," tambah Dr Faishal
Selain itu, MUIS dan Warees menyokong usaha pembangunan semula dan pembentukan ruang masyarakat seperti Perancangan Daerah Kampong Gelam, untuk meningkatkan lagi tawaran dan pengalaman warisan di kawasan itu.
Menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), kawasan pemuliharaan Kampong Gelam merujuk kepada kawasan yang bersempadankan Ophir Road, Victoria Street, Jalan Sultan dan Beach Road.

Sumber : BERITA Mediacorp/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.