Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

26 pelajar terima anugerah biasiswa Pasukan Polis S'pura dan Home Team tahun ini

Para pegawai Home Team perlu kekal inovatif dan berpandangan ke hadapan terutama sekali dalam menangani cabaran-cabaran yang kian berleluasa.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Para pegawai Home Team perlu kekal inovatif dan berpandangan ke hadapan terutama sekali dalam menangani cabaran-cabaran yang kian berleluasa.

Ini termasuk pandemik COVID-19, ideologi-ideologi pengganasan, penipuan siber dan penyalahgunaan dadah di seluruh dunia.

Demikian seruan Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Josephine Teo dalam ucapannya di majlis penyampaian Anugerah Biasiswa Pasukan Polis Singapura dan Home Team pada Khamis (19 Ogos).

Seramai 26 pelajar yang cemerlang dalam pelajaran dan kegiatan luar darjah mereka menerima Biasiswa Pasukan Polis Singapura dan Home Team tahun ini.

INGIN BERIKAN KEPUASAN KEPADA DIRI DAN ORANG LAIN DALAM KERJAYANYA: IMAN MIRZA

Mirza berkata: "Saya bersyukur dapat menerima anugerah biasiswa ini. Dengan anugerah biasiswa ini, saya lebih yakin untuk memberi terbaik sebagai pegawai kanan di SPF. Saya harap saya akan menjadi peran contoh baik kepada kawan-kawan saya dan saya harap kita dapat memupuk masyarakat yang lebih inklusif."

Menurut bekas pelajar Politeknik Republik itu, biasiswa tersebut membolehkannya untuk mengikuti pengajian sepenuh masa di Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS) dalam jurusan Keselamatan Awam dan Keselamatan.

"Kursus ini sangat relevan kerana trend keganasan terus berubah. Kursus ini juga memenuhi permintaan bidang keselamatan dan kawalan. Selain itu saya juga berpeluang menimba ilmu dan pengetahuan daripada pegawai polis yang sama-sama mengikuti kursus ini," kata Mirza.

Mirza akur bahawa pengalaman yang ditimbanya sewaktu menjalani NS bersama SPF amat bermanfaat untuk dirinya.

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan