26 lelaki dikejarkan ke hospital berikutan nahas libatkan 3 lori di KJE
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: alexkutty117/TikTok
SINGAPURA: Seramai 26 lelaki dikejarkan ke tiga hospital dalam keadaan sedar menyusuli satu kemalangan yang melibatkan tiga lori di Ekspreswe Kranji (KJE) pada pagi Selasa (18 Jul).
Berdasarkan sebuah rakaman video yang dimuat naik secara online mengenai nahas berkenaan, sekurang-kurangnya satu daripada tiga lori tersebut merupakan kenderaan pengangkutan pekerja.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan bahawa pihaknya telah dimaklumkan mengenai kemalangan berkenaan di KJE menghala ke Ekspreswe Bukit Timah, berdekatan jejambat Choa Chua Kang Way pada 7.08 pagi Selasa.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menjelaskan bahawa apabila kakitangannya tiba, dua individu ditemui terperangkap di tempat duduk penumpang di hadapan bagi salah satu daripada tiga lori tersebut.
Menurut SCDF, pihaknya menyelamatkan kedua-dua mangsa dengan menggunakan alat hidraulik.
Daripada 26 lelaki yang mengalami kecederaan berikutan nahas tersebut, 12 dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong, enam ke Hospital Khoo Teck Puat dan lapan lain ke Hospital Universiti Nasional.
Butiran mengenai keadaan mangsa-mangsa tersebut tidak segera didedahkan.
Dalam rakaman video sepanjang 24 saat yang dimuat naik di TikTok oleh seorang pengguna “alexkutty117”, sekurang-kurangnya tiga kenderaan kecemasan SCDF dan beberapa pegawai dilihat berada di tempat kejadian.

Ketiga-tiga lori yang terlibat dalam kemalangan tersebut dapat dilihat dalam video itu, dengan sebilangan lelaki yang berpakaian seragam berwarna biru dilihat terlantar dan sedang menerima rawatan daripada kakitangan SCDF di belakang salah satu daripada lori-lori itu.
Salah satu daripada tiga lori berkenaan dipercayai digunakan untuk mengangkut pekerja manakala satu lagi digunakan untuk membawa jentera berat. Fungsi lori ketiga itu tidak dapat dipastikan dengan segera.
Siasatan polis masih dijalankan.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.