Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

26 kakitangan MENDAKI cedera akibat jambatan roboh di resort Batam

Seramai 26 kakitangan MENDAKI cedera akibat jambatan kayu yang roboh di Montigo Bay Resort di Batam pada Khamis (7 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
26 kakitangan MENDAKI cedera akibat jambatan roboh di resort Batam

Seramai 26 kakitangan MENDAKI cedera akibat jambatan kayu yang roboh di Montigo Bay Resort di Batam pada Khamis (7 Nov). (Gambar: Berita Batam/Facebook)

SINGAPURA: Seramai 26 kakitangan MENDAKI cedera akibat jambatan kayu yang roboh di Montigo Bay Resort di Batam pada Khamis (7 Nov).

MENDAKI, dalam satu kenyataan media hari ini (8 Nov), menyatakan para kakitangan itu sedang menghadiri retreat bagi membincangkan pelan kerja untuk tahun akan datang.

Seramai 24 kakitangan dilaporkan mengalami kecederaan ringan dan sudahpun dibenarkan keluar dari hospital bagi mendapatkan rawatan pesakit luar.

Empat orang kakitangan akan mendapatkan rawatan perubatan lanjut di Singapura.

Para kakitangan MENDAKI yang cedera itu akan pulang ke Singapura dengan menaiki feri yang ditempah khas dan dijangka tiba di Singapura sebelum tengah hari ini (8 Nov).

Sindonews.com melaporkan pada Khamis (7 Nov) bahawa 18 rakyat Singapura cedera apabila sebuah jambatan kayu di kawasan Montigo Resort, Nongsa, Batam, Kepulauan Riau roboh petang semalam.

"Saat mereka (pelancong) berselfie, tiba-tiba jambatan sepanjang 70 meter itu roboh di bahagian tengah," menurut Ketua Polis, Encik Erlangga.

"Para mangsa terus jatuh ke dalam laut dan mengalami kecederaan," jelasnya lagi.

Kementerian Ehwal Luar (MFA) menyatakan ia sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan para pegawai Konsulat-Jeneral di Batam berada di Hospital Bhayangkara untuk menghulurkan bantuan konsular.

Menyusuli kejadian itu, MENDAKI sudahpun menghubungi anggota keluarga para kakitangannya yang cedera.

MENDAKI turut mengucapkan terima kasih kepada para kakitangan Montigo Bay Resort dan Konsulat Singapura di Batam atas sokongan dan bantuan mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan