26 daerah HDB dengan jumlah tinggi warga emas bakal jalani kerja naik taraf bagi galak penuaan aktif
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Beberapa daerah estet perumahan awam dengan jumlah lebih tinggi penduduk warga emas akan menjalani kerja-kerja naik taraf di bawah satu program baharu untuk menggalak penuaan aktif.
Program Peningkatan Warga Emas itu akan bermula di empat daerah di Chong Boon pada suku kedua tahun depan dan dijangka selesai pada separuh kedua 2026.
Program tersebut akan diluaskan ke 22 daerah lain di Ang Mo Kio, Bukit Merah, Queenstown dan Toa Payoh sepanjang lima tahun akan datang, dengan kerja-kerja naik taraf dijangka selesai menjelang 2029.
Demikian menurut kenyataan media dikeluarkan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Ahad (25 Ogos).
Antara peningkatan yang akan dilakukan termasuk kemudahan seperti taman terapeutik, laluan kecergasan, kawasan berehat sepanjang laluan pejalan kaki, elemen mesra demensia serta taman permainan yang menggabungkan ruang untuk kanak-kanak dan alat kecergasan bagi golongan dewasa dan warga emas.
"Kemudahan mesra warga emas sedemikian akan termasuk dalam projek di bawah Program Pembaharuan Kejiranan (NRP)," menurut HDB.
"Sekalipun demikian, beberapa daerah lebih tua yang sudah menjalani kerja naik taraf pada masa lalu tidak layak bagi NRP, Program Peningkatan Warga Emas akan menyasarkan daerah lebih tua sedemikian untuk memastikan ia dapat menawarkan kemudahan mesra warga emas tersebut kepada penduduk."
NRP diperkenalkan pada 2007, yang menumpukan kepada penambahbaikan blok dan daerah tertentu, bagi blok yang dibina sehingga 1999.
HDB menambah bahawa daerah yang bakal mempunyai jumlah lebih tinggi warga emas (berusia 55 tahun dan ke atas) dan mempunyai warga emas (berusia 65 tahun dan ke atas) diberikan keutamaan.
Kerja-kerja naik taraf di bawah program sedemikian, yang dibiayai sepenuhnya oleh pemerintah, akan disesuaikan mengikut daerah masing-masing.
HDB menyatakan ia akan bekerjasama dengan perunding reka bentuk mengenai reka bentuk serta skop kerja yang akan dijalankan, dan menggunakan pengalaman yang diraih daripada empat daerah pertama bagi projek akan datang.
Ia juga akan bekerjasama dengan
rakan-rakan relevan untuk melibatkan penduduk, supaya mereka lebih memahami dengan lebih baik keperluan penduduk dan mengetahui peningkatan yang diinginkan penduduk.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.