Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

2,503 kes baru COVID-19 di S'pura; tiada kematian

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 2,503 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Ahad (12 Jun).

Ia terdiri daripada 2,349 jangkitan tempatan dan 154 kes import.

Tiada kematian dilaporkan.

Berikut maklumat yang perlu anda tahu:

KEMAS KINI KEADAAN

Kes baru pada 12 Jun: 2,503
Kes baru tempatan: 2,349
Kes import: 154

Jumlah kes baru Protokol 2: 2,255

Ini terdiri daripada 2,113 kes tempatan dan 142 kes import.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Lagi 248‬ kes disahkan menerusi ujian PCR.

Sebanyak 236 adalah jangkitan tempatan, manakala 12 adalah kes import.

Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,341,256

KEMATIAN

Kes kematian pada 12 Jun: 0

Jumlah kematian sejauh ini: 1,397

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.96, naik sedikit berbanding 0.93 semalam (11 Jun). 

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.

KEADAAN DI HOSPITAL

Seramai 240 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 233 semalam (11 Jun).

Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 25

Dipantau rapi di ICU: 1

Seramai 3,349 pesakit dibenarkan keluar hospital.

PERKEMBANGAN VAKSINASI

Setakat Sabtu (11 Jun), 96 peratus penduduk yang layak sudah  divaksin di bawah program vaksinasi nasional.

Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 77 peratus

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan