Skip to main content

Singapura

250 kes baru HIV dilapor di S'pura pada 2021; terendah dalam 18 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
250 kes baru HIV dilapor di S'pura pada 2021; terendah dalam 18 tahun

Gambar hiasan. (Gambar: AFP/ Noah SEELAM)

SINGAPURA: Sebanyak 250 kes baru virus kurang daya tahan manusia atau HIV dilaporkan dalam kalangan penduduk Singapura pada 2021, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (1 Jul).

Kali terakhir Singapura melaporkan jumlah kes yang lebih rendah daripada perangkaan ini adalah pada 2003 ketika sebanyak 242 kes dilaporkan ketika itu.

Pada 2020 pula, sebanyak 261 kes dilaporkan.

Daripada 250 kes baru yang dilaporkan pada 2021, 95 peratus adalah lelaki dan sekitar dua pertiga berusia antara 20 hingga 49 tahun, menurut MOH dalam kemas kininya.

Hubungan seksual kekal sebagai mod utama penularan HIV, dengan 95 peratus daripada kes-kes tersebut menjangkitinya melalui cara tersebut, tambah MOH.

"Hubungan seks sesama lelaki membentuk 62 peratus daripada keseluruhan kes manakala 33 peratus kes melibatkan hubungan heteroseksual dan 3 peratus melibatkan hubungan biseksual," menurut MOH.

Sekitar 18 peratus daripadanya dikesan semasa pemeriksaan berjadual HIV dan lagi 16 peratus dikesan melalui pemeriksaan kendiri HIV.

Bakinya dikesan menerusi "bentuk pemeriksaan yang lain".

Lebih separuh kes-kes baru dikesan semasa menjalani rawatan perubatan dan biasanya pada peringkat lewat jangkitan HIV, menurut MOH.

Jumlah keseluruhan penduduk Singapura yang dijangkiti HIV adalah 9,129 setakat sehingga hujung 2021.

Daripada jumlah tersebut, 2,255 sudah meninggal dunia.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita