Skip to main content

Singapura

25% peserta program Boston Consulting Group berjaya dapat kerja

Sekitar 25 peratus peserta program RISE anjuran Boston Consulting Group berjaya dapatkan pekerjaan sebelum berakhirnya kursus enam bulan itu.

Anggaran Waktu Membaca:
25% peserta program Boston Consulting Group berjaya dapat kerja

Cik Josephine Teo di pesta kerjaya anjuran Boston Consulting Group yang diadakan secara maya. (Gambar: MCI)

Diterbitkan : 22 Oct 2021 06:34PM Dikemas Kini : 22 Oct 2021 07:02PM

SINGAPURA: Sekitar 25 peratus peserta program RISE anjuran Boston Consulting Group berjaya dapatkan pekerjaan sebelum berakhirnya kursus enam bulan itu.

Program Peningkatan Kemahiran secara Pantas dan Mendalam atau RISE membantu pencari kerja pertengahan kerjaya untuk mengambil peranan dalam bidang teknologi perniagaan.

Seramai 1,500 orang sudah mendaftar untuk program tersebut sejak ia dilancarkan pada Februari tahun lalu.

Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif Program Penempatan Kerjaya SGUnited yang diperkenalkan pemerintah tahun lalu, akibat kesan pandemik ke atas ekonomi dan pekerjaan.

Pameran kerjaya secara maya diadakan hari ini (22 Okt), menawarkan lebih daripada 200 peluang pekerjaan yang ditawarkan sekitar 30 syarikat.

Firma-firma itu turut menawarkan sesi sembang bersemuka dengan 500 pelatih semasa acara hari ini.

Ia turut dihadiri Menteri Perhubungan dan Penerangan, Josephine Teo.

Sumber : CNA/RB/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita