Skip to main content

Singapura

25 keluarga Melayu/Islam di bawah Projek Masyarakat Reben Kuning (YRCP) hadir "Buka Puasa With Love"

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Seramai 25 keluarga Melayu/Islam di bawah Projek Masyarakat Reben Kuning (YRCP) GRC Marsiling-Yew Tee menghadiri satu majlis "Buka Puasa With Love" di Kelab Masyarakat Yew Tee pada Rabu (5 April).

Sesi berbuka anjuran M³@ Marsiling-Yew Tee itu turut dihadiri penasihat pertubuhan akar umbi (GRO) GRC Marsiling-Yew Tee Timbalan Perdana Menteri (DPM) Lawrence Wong, Menteri Negara Kanan Zaqy Mohamad dan Datuk Bandar Barat Laut Alex Yam dan Cik Hany Soh.

(Gambar: M3@Marsiling-Yew Tee)

Ini adalah kali kedua M³@Marsiling-Yew Tee menganjurkan sesi berbuka untuk keluarga YRCP.

(Gambar: M3@Marsiling-Yew Tee)

Ia memberi peluang kepada keluarga tersebut berkumpul dan berbuka puasa sebagai sebuah masyarakat.

Ini adalah sebahagian usaha untuk meluaskan sokongan kepada keluarga dengan anggota keluarga yang sedang menjalani hukuman penjara.

Keluarga yang hadir turut menerima sebuah pek barangan dapur seperti beras, makanan dalam tin, kuih-muih Hari Raya serta keperluan solat.

“Kami berharap platform ini dapat memberi jaminan kepada keluarga tentang sokongan holistik yang akan terus diberikan oleh Pemerintah serta M³ dan rakan kongsinya, terutamanya sepanjang Ramadan ini,” kata DPM Wong, yang juga merupakan Menteri Kewangan.

Encik Alex Yam pula berkata Ramadan adalah masa terbaik untuk memupuk kebersamaan.

(Gambar: M3@Marsiling-Yew Tee)

“Ramadan adalah masa muhasabah dan masa kebersamaan. Saya berbesar hati kerana masyarakat M³ kami, bersama rakan kongsi kami, telah menganjurkan buka puasa yang bermakna ini bersama keluarga individu yang dipenjarakan, untuk memberi sokongan dan penjagaan kepada mereka," kata beliau.

Acara berbuka itu turut disokong rakan kongsi masyarakat seperti Masjid Al-Khair, Tadika IMAN dan Persatuan Khidmat Sosial India Muslim (IMSSA).

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita