25 kejadian melanun dicatat di Asia Tenggara, naik 9%
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AFP
SINGAPURA: Kejadian melanun dan rompakan terhadap kapal di Asia meningkat 9 peratus pada suku pertama 2023, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Dari Januari hingga Mac lalu, terdapat 25 insiden seperti itu dengan 18 daripadanya berlaku di Selat Singapura.
Data tersebut didedahkan semasa Persidangan Lanun dan Rompakan di Laut, yang diadakan sempena Minggu Maritim Singapura.
Menurut pihak berkuasa, terdapat pelbagai faktor yang mendorong serangan lanun dan rompakan di laut.
Antaranya, tekanan kos sara hidup serta keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Dalam 75 peratus kejadian tahun ini, dalangnya tidak bersenjata, dan kakitangan kapal juga tidak dicederakan.
Namun Pusat Perkongsian maklumat ReCAAP menegaskan, usaha membanteras lanun adalah tanggungjawab bersama.
Negara-negara serantau digesa agar meningkatkan rondaan maritim serta menghukum penyerang.
Pada masa yang sama, kapal- kapal digalakkan tingkatkan kewaspadaan semasa di perairan.

Sumber : CNA/HA/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.