2,463 kes baru COVID-19 dilaporkan di S'pura, termasuk 1,590 di bawah Protokol 2
Orang ramai di Orchard Road pada 5 Januari 2022. (Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 2,463 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Sabtu (22 Jan), termasuk 245 kes import.
Satu kes kematian dilaporkan.
Berikut maklumat yang perlu anda tahu:
KEMAS KINI KEADAAN
Kes baru pada 22 Jan: 2,463
Kes baru dalam masyarakat: 2,218
Kes import: 245
Jumlah kes baru Protokol 2: 1,590. Ini terdiri daripada lapan kes import dan 1,582 jangkitan tempatan.
Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi ujian ART mereka positif COVID-19 atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.
Lagi 873 kes disahkan menerusi ujian PCR. Sebanyak 636 adalah jangkitan tempatan manakala 237 adalah kes import.
Jumlah kes terkumpul sejauh ini: 310,276 sejak pandemik bermula
KEMATIAN
Kes kematian pada 22 Jan: 1
Jumlah kematian sejauh ini: 847
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 2.64, susut berbanding 2.70 pada Jumaat (21 Jan).
Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.
Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 masih meningkat.
KEADAAN DI HOSPITAL
Seramai 401 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 360 semalam.
Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 23
Dipantau rapi di ICU: 11
Seramai 2,120 pesakit dibenarkan keluar hospital.
PERKEMBANGAN VAKSINASI
Setakat Sabtu, 91 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.
Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Dis.
Lengkap divaksin 2 dos: 88 peratus
Baru menerima satu dos: 90 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 55 peratus
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.