241 pemandu asing lunaskan lebih S$619,000 saman tertunggak dalam operasi 3 hari
Anggaran Waktu Membaca:
Seorang Polis Trafik bersama dua pemandu semasa operasi tiga hari itu. (Gambar: SPF)
SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura memperolehi lebih S$619,000 dalam bentuk saman tertunggak daripada 241 pemandu asing dalam operasi selama tiga hari yang dijalankan di pusat-pusat pemeriksaan darat.
Dalam operasi yang dijalankan dari 6 Oktober hingga 8 Oktober, pemandu asing yang mempunyai rekod saman tertunggak diarahkan membayar saman atas kesalahan kenderaan dan trafik semasa memasuki Singapura di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas, menurut pihak berkuasa dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat (17 Okt).
Operasi itu diterajui oleh Polis Trafik dan disokong oleh para pegawai daripada Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).
“Singapura memandang serius terhadap pemandu asing yang melakukan kesalahan di Singapura tetapi tidak melunaskan saman mereka,” kata pihak berkuasa.
Pihak berkuasa turut menambah bahawa operasi terhadap pemandu asing seperti ini dijalankan secara berkala.
“Pemandu asing yang mempunyai rekod saman tertunggak berkaitan trafik, letak kereta (parking) atau pelepasan asap kenderaan mungkin tidak akan dibenarkan memasuki Singapura,” menurut kenyataan itu lagi.
Semua pemandu mesti mematuhi undang-undang Singapura dan memastikan kenderaan mereka mematuhi had pelepasan asap yang ditetapkan di Singapura, menurut pihak berkuasa.
Pemandu asing juga dinasihatkan supaya menyemak sama ada mereka mempunyai rekod saman tertunggak melalui laman AXS.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.