24,000 orang sertai sambutan NDP di Paya Lebar
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kemeriahan meraikan ulang tahun negara yang ke-59 diteruskan hari ini (10 Ogos) di lima kawasan kejiranan - di Bishan, Punggol, Yishun, Paya Lebar dan Buona Vista.
Meskipun cuaca mendung, suasana di tanah lapang bersebelahan Paya Lebar Quarter 1 itu cukup meriah dan bertenaga dengan kehadiran 24,000 orang.
Seiring dengan tema "Lights Up, Power Up", pelbagai aktiviti menarik yang melambangkan tenaga dan perpaduan hidup dalam masyarakat berbilang kaum diadakan.
Sambutan anjuran Persatuan Rakyat (PA) bersama Jawatankuasa Eksekutif Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2024 itu berlangsung dari jam 4.00 petang hingga 9.00 malam.
Antara penduduk enggan terlepas peluang untuk menyertainya itu ialah Cik Lily Yasmin Mohd Azhar.
“Yang paling menarik saya rasa aktiviti cat muka dengan sesi bergambar yang ada. Saya tidak nampak kereta-kereta ini di luar. Ini kali pertama saya hadiri kegiatan seperti ini. Bukan selalu saya dapat peluang seperti ini. Jadi saya rasa ia seronok dan menarik. Suatu pengalaman yang baharu,” kata Cik Lily kepada wartawan Nur Arina Ahmad Anis.

Satu tarikan menarik adalah cabaran mengayuh basikal. Sasarannya untuk melibatkan seribu penduduk untuk melakukan 59,000 kayuhan untuk menghidupkan visual latar langit Singapura.
Ia bukan sahaja memberi peluang untuk para peserta menyambut Hari Kebangsaan bersama tetapi merapatkan lagi ikatan penduduk dalam Daerah Tenggara.
“Saya rasa ia bagus sebab boleh bawa anak-anak kita pada hujung minggu terutama sekali untuk Hari Kebangsaan. Mereka dapat lihat pelbagai bangsa datang meraikan bersama dan sambil itu akan ada berbual dengan orang-orang yang tidak kita kenali. Jadi ia satu peluang yang baik,” kata Cik Nadzifah Mohd Idris.
Paparan statik aset Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Home Team terus menjadi daya tarikan di sambutan Hari Kebangsaan di kawasan-kawasan kejiranan.

Bersempena ulang tahun ke-40 Pertahanan Mutlak, pameran statik kali ini mengukuhkan lagi tunggak Pertahanan Awam dan Tentera serta memaparkan bagaimana rakyat boleh memainkan peranan dalam mempertahankan negara.
Bagi Cik Siti Suhana Hamdi pula, ia satu peluang keemasan untuk anak-anaknya melihat aset-aset SAF dan Home Team dari dekat.
Kata Cik Siti: “Ini kali pertama mereka hadiri acara seperti ini. Jadi yang paling menarik saya rasa mereka benar-benar berseronok, dapat duduk di atas dan naik kenderaan-kenderaan itu"
Sambutan ulang tahun Singapura turut diadakan di Wisma Geylang Serai.
Selain menjamu selera, para pengunjung boleh menikmati persembahan artis-artis Singapura dan Malaysia.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.