Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

24 siswa Melayu/Islam terima biasiswa LBKM bernilai S$162,500

24 siswa cemerlang menerima biasiswa Lembaga Kenangan Maulud (LBKM) bernilai $162,500 pada tahun ini. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: 24 siswa cemerlang menerima biasiswa Lembaga Kenangan Maulud (LBKM) bernilai $162,500 pada tahun ini.

Setiap siswa menerima anugerah bernilai antara S$5,000 hingga S$15,000.

Buat julung-julung kalinya, tiga mahasiswa menerima Biasiswa Ikonik Che Zahara Noor Mohamed yang diperkenalkan pada 2017.

Biasiswa itu adalah bagi pengajian dalam bidang kerja-kerja kemasyarakatan.

Penyampaian biasiswa diadakan secara maya malam ini (18 Sep).

Empat kategori biasiswa disampaikan terdiri daripada Biasiswa Berprestij, Biasiswa Ikonik, Biasiswa Merit dan Biasiswa Masa Depan.

Para penerima terdiri daripada mahasiswa dan pos-siswazah yang melanjutkan pengajian di universiti tempatan dan luar negara dalam pelbagai bidang.

Ini termasuk perubatan, sains dan teknologi, kewangan, sains sosial, seni halus dan sukan.

Mereka diberi pengiktirafan atas prestasi cemerlang dalam bidang akademik serta semangat menyumbang semula kepada masyarakat.

Pencapaian mereka itu, kata tetamu terhormat Menteri Kedua Pendidikan Dr Mohd Maliki Osman, bukan sahaja membuktikan kemajuan masyarakat tetapi kesediaan generasi muda untuk memegang peranan penting pada masa depan.

Dr Maliki berkata: "Inilah yang membuat saya terpegun dengan para pemegang biasiswa LBKM iaitu mereka terus menyumbang semula kepada masyarakat walaupun mereka sudah berjaya. Ini penting untuk kita bersama ke hadapan dan maju sebagai sebuah masyarakat dan negara.

"Dalam masa-masa sukar ini, terutama sekali dengan cabaran tidak dijangka akibat COVID-19, semangat keakraban inilah yang akan meletakkan kita dalam kedudukan yang baik."

Berikut adalah senarai penuh para penerima biasiswa LBKM 2020:

Biasiswa Berprestij

Kategori Mahasiswa (S$10,000 setiap seorang)
-Nurul Nadia Muhammad Ridwan Yeo
(Universiti Kolej London)
-Dinah Yusoff
(King's College London)

Kategori Pos-Siswazah (S$15,000)
-Ismahfaris Ismail
(Universiti Nasional Singapura)

Biasiswa Merit

Kategori Pos-Siswazah (S$7,500 setiap seorang)
-Muhammad Lutfi Othman
(Universiti Cambridge)
-Muneerah Ab Razak
(Universiti St Andrews Scotland)
-Faizal Abdul Aziz
(Universiti Oxford)
-Nour Camila Thoformia Abdul Rahim
(Universiti Kolej London)
-Muhammad Khair Muhammad Rizauddin
(Pusat Sukan Antarabangsa Switzerland)
-Nurin Adila Shahrin
(Universiti Nasional Singapura)
-Mohammad Jamalludin Mohammad Affandi
(Universiti Kolej London)
-Mellisone Azman
(Sekolah Undang-Undang Melbourne, Universiti Melbourne)
-Nur Atiqah Zakiah Abdul Khaliq
(Universiti Hamburg Jerman)

Biasiswa Ekonomi Masa Depan (S$5,000 setiap seorang)
-Nur Izzah Nabilah Hussein
(Universiti Dundee Scotland)
-Khairah Rohaizad
(Universiti Teknologi Nanyang)
-Muhammad Zulfikar Salihin Mohamed Ashar
(Universiti Nasional Singapura)
-Noratika Nazri
(Universiti Nasional Singapura)
-Nur Insyirah Nurazmi
(Universiti Nasional Singapura)
-Muhammad Adam Loh Wei Lun Mohd Ridzuan Loh
(Institut Teknologi Singapura)

Biasiswa Ikonik (S$5,000 setiap seorang)

Biasiswa Zubir Said - Kesenian
-Sarah Noorhimli
(Kolej Seni LASALLE)

Biasiswa Ambo Sooloh - Kewangan
-Norazika Nazri
(Universiti Nasional Singapura)

Biasiswa Tan Sri (Dr) Abdul Samad Bin Ismail - Komunikasi Massa
-Tia Yurika Rosman
(Universiti Monash Australia)

Biasiswa Che Zahara Noor Mohamed - Kerja Masyarakat
-Siti A'isyah Mohd Najib
(Universiti Pengurusan Singapura)
-Tasneem Abdul Majeed
(Universiti Nasional Singapura)
-Syasya Nur Hidayati Norhisham
(Universiti Nasional Singapura) 

Sumber : BERITA Mediacorp/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan