Skip to main content

Singapura

24 pemandu diberkas bawa penumpang ke seberang tambak tanpa lesen sah

Seramai 24 pemandu ditangkap membawa penumpang ke seberang tambak tanpa lesen yang sah pada tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
24 pemandu diberkas bawa penumpang ke seberang tambak tanpa lesen sah

(Gambar: CNA/Ahmad Zamzahuri Abas)

SINGAPURA: Seramai 24 pemandu ditangkap membawa penumpang ke seberang tambak tanpa lesen yang sah pada tahun ini.

Menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), perangkaan tersebut tiga kali lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Perkembangan itu didedahkan sedang perjalanan rentas sempadan dijangka meningkat apabila bermulanya cuti sekolah pada hujung minggu ini.

Beberapa pemandu teksi memberitahu Mediacorp bahawa mereka sebelum ini hanya perlu menunggu sejam di Terminal Ban San Street sebelum mendapat penumpang yang mahu ke Johor Bahru.

Namun mereka kebelakangan ini perlu menunggu sehingga lima atau enam jam.

Cabaran itu dihadapi selepas pandemik COVID-19.

LTA menegaskan hanya teksi berlesen tertentu dari Singapura dan Malaysia yang dibenarkan menyediakan khidmat perjalanan rentas sempadan antara kedua-dua negara.

Pihaknya kini sedang bekerjasama dengan beberapa platform online untuk menurunkan iklan yang menawarkan khidmat sedemikian.

Menurut LTA, orang ramai juga boleh melaporkan khidmat tersebut menerusinya lamannya atau platform OneMotoring.

Mereka yang didapati bersalah menyediakan khidmat tersebut boleh didenda sehingga S$3,000 dan/atau dihukum penjara sehingga enam bulan.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita