24 lelaki disyaki anggota samseng diberkas
Seramai 24 lelaki yang berusia antara 20 hingga 48 tahun ditangkap kerana disyaki menganggotai kumpulan samseng, menurut polis hari ini (24 Dis).

(Gambar hiasan: Jeremy Long)
SINGAPURA: Seramai 24 lelaki yang berusia antara 20 hingga 48 tahun ditangkap kerana disyaki menganggotai kumpulan samseng, menurut polis hari ini (24 Dis).
Para pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID), Divisyen Polis Tengah, Divisyen Polis Tanglin dan Divisyen Polis Jurong menangkap lelaki-lelaki itu semasa melancarkan operasi penguatkuasaan di seluruh negara.
Operasi itu dijalankan dari 21 hingga 24 Disember.
"Pemeriksaan proaktif dijalankan di pelbagai tempat yang menjadi tumpuan ramai dan pusat-pusat beli-belah bagi membanteras kegiatan samseng di lokasi-lokasi itu," tambah polis.
Menurut pihak berkuasa, ia akan terus memantau keadaan dan meningkatkan operasi penguatkuasaan seluruh Singapura semasa musim perayaan hujung tahun bagi membanteras sebarang kegiatan samseng yang menggugat keselamatan awam.
Siasatan polis sedang diteruskan.
Sesiapa yang didapati bersalah kerana menganggotai kumpulan samseng di bawah Akta Pertubuhan, dia boleh didenda sehingga S$5,000, dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.