Skip to main content

Singapura

24 kemahiran bidang digital, penjagaan diramal terima permintaan tinggi

Anggaran Waktu Membaca:
24 kemahiran bidang digital, penjagaan diramal terima permintaan tinggi

Pekerja di Raffles Place pada 6 Oktober 2022. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Buat pertama kali, pemerintah memberikan ramalan tentang kemahiran yang dijangka menerima permintaan tinggi dan kekal boleh dipindahkan sepanjang dua tahun akan datang.

Dua puluh empat kemahiran yang dikenal pasti dalam laporan tahunan dari SkillsFuture Singapore (SSG) adalah dari industri digital dan penjagaan, serta Industri 4.0.

Kemahiran tersebut dikenal pasti berdasarkan unjuran statistik trend lalu, menurut data 11 tahun lalu, umum SSG dalam satu kenyataan media pada Jumaat (17 Nov).

Kemahiran dalam industri hijau tidak disertakan kerana pembangunan industri tersebut "baru dibangunkan".

Sekalipun demikian, jumlah kursus hijau ditawarkan institut pengajian tinggi yang disokong SSG melonjak seganda. Dari 250 tahun lalu kepada 470 tahun ini.

Industri hijau, digital dan penjagaan masih merupakan bidang yang sedang membangun, kata Menteri Negara Pendidikan Gan Siow Huang pada Jumaat.

Dengan penduduk Singapura yang menua, gangguan teknologi lebih hebat dan usaha untuk menjadikan ekonomi lebih mesra alam, peralihan tersebut menawarkan kedua-dua peluang dan cabaran, tambahnya.

Dalam landskap kemahiran yang sentiasa berubah-ubah, kemahiran analisis SSG dapat membantu individu dan syarikat untuk mengenal pasti jurang kemahiran mereka dan membuat pelaburan terhadap kemahiran yang lebih difahami, kata Cik Gan.

24 kemahiran yang dikenal pasti adalah seperti berikut:

Industri Penjagaan:
  • Pengurusan penambahbaikan berterusan
  • Penyeliaan
  • Komunikasi berkesan pelanggan
  • Pembelajaraan berterusan bagi kakitangan
  • Etika dan integriti karyawan
  • Komunikasi dan hubungan kakitangan

Industri 4.0 dan lain-lain:

  • Reka bentuk proses kejuruteraan
  • Pengurusan bahan
  • Penulisan teknikal
  • Pengurusan keselamatan dan kesihatan tempat kerja
  • Ujian peralatan dan sistem
  • Pengurusan pembangunan proses
  • Mutu sistem
Industri Digital:
  • Pengaturcaraan dan pengekodan
  • Pengurusan konfigurasi sistem
  • Pemetaan keperluan perniagaan
  • Analisis Kualitatif
  • Ujian perisian
  • Pengaturcaraan sistem dalaman
  • Pengumpulan maklumat
  • Pengurusan saluran jualan
  • Pembangunan produk
  • Penyelidikan pasaran
  • Reka bentuk perisian

Menurut data tersebut, beberapa kemahiran masih kekal relevan sepanjang sedekad lalu. Pengurusan perniagaan, pengurusan data dan pengurusan pengeluaran merupakan kemahiran majoriti dalam ekonomi Singapura.

Sepuluh kemahiran teratas dari setiap bidang terus juga kekal konsisten, dedah kenyataan media itu.

Lima kemahiran teras yang dalam permintaan juga tidak berubah sepanjang sedekad lalu, dengan komunikasi berada di kedudukan teratas secara konsisten.

Laporan penuh boleh ditemui online <<insert link>>, serta set data dan papan pemuka data.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita