24 kanak-kanak, belia titipan terima anugerah atas prestasi akademik, sukan & seni
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seramai 24 kanak-kanak dan belia titipan menerima anugerah kerana menunjukkan prestasi baik dalam bidang akademik, sukan dan seni.
Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) kini menggesa lebih ramai pasangan menjadi ibu bapa titipan sedang ia terus meningkatkan sokongan bagi mereka.
Sehingga Disember lalu, terdapat sekitar 630 keluarga titipan di Singapura.
'Adam', 15 tahun, bukan nama sebenar, menjadi anak titipan sejak bayi lagi.
Ibu bapa titipannya mencurahkan kasih sayang kepada 'Adam', yang didapati mengalami disleksia.
Bagi Encik Ya'kub Hitam, bapa titipannya, detik paling membanggakan adalah apabila 'Adam' menerima keputusan PSLEnya.
"Waktu ketika nak ambil keputusan PSLE, saya hadir bersama dan ketika, dia orang yang pertama yang terima keputusan PSLE dalam kelas dia. Apabila saya lihat dia menjerit, ketika itu, saya dah tahu dia lulus PSLE dia lah. Jadi, saya begitu teruja dan banggalah dengan kebolehan dia, dengan kemajuan dialah," luah Encik Ya'kub.
Atas prestasi cemerlangnya di sekolah dan perwatakannya yang baik, 'Adam' menerima anugerah tahun ini.
Turut diraikan adalah ibu bapa titipannya yang memberi sokongan kepadanya.
Setiausaha Parlimen Kanan, MSF, Eric Chua memuji sokongan tidak berbelah bahagi yang dicurahkan oleh ibu bapa titipan.
"Kasih sayang yang anda berikan setiap hari kepada kanak-kanak ini memberi mereka peluang untuk merasakan kasih sayang, keselamatan dan sokongan emosi. Hanyalah menerusi sokongan masyarakat titipan yang kukuh anak-anak titipan kita boleh berkembang maju," ujarnya.
Tahun ini, MSF meningkatkan elaun bagi keluarga titipan yang menjaga remaja, serta meningkatkan sokongan kerja kes bagi golongan belia lebih dewasa.
Agensi-agensi titipan turut menyediakan sokongan penting.

Sumber : CNA/AI/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.