2.4 juta warga SG akan terima S$200 hingga S$400 pada September
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Semua warga Singapura berusia 21 tahun dan ke atas pada 2024, akan menerima bayaran khas sekali sahaja berjumlah antara S$200 dengan S$400 pada Sep 2024 untuk membantu menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.
Lebih 2.4 juta rakyat Singapura dengan pendapatan taksiran sehingga S$100,000 dan tidak mempunyai lebih satu hartanah layak meraih manfaat daripada Bayaran Khas Kos Sara Hidup (COL) ini, kata Kementerian Kewangan (MOF) pada Selasa (13 Ogos).
Mereka boleh menyemak kelayakan untuk menerima bayaran khas itu dengan log masuk ke laman web govbenefits (govbenefits.gov.sg) dengan Singpass mereka.
Bayaran Khas Kos Sara Hidup itu pertama kali diumumkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Lawrence Wong semasa membentangkan Belanjawan 2024 pada Februari.
Warga Singapura yang layak sudah menerima antara S$300 hingga S$500 pada 2022, dan antara S$200 hingga S$400 pada 2023.
Pembayaran itu adalah sebahagian daripada langkah dalam Pakej Jaminan, bagi membantu mengurangkan kesan inflasi yang lebih tinggi dan kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan untuk semua rakyat Singapura. Ia termasuk Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) untuk semua isi rumah Singapura, rebat U-Save dan yuran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) untuk isi rumah HDB.
Rakyat digalakkan untuk mendaftar bagi PayNow-NRIC dengan bank mereka selewat-lewatnya pada 26 Ogos jika mereka mempunyai akaun dengan 12 bank yang mengambil bahagian di Singapura. Ini akan membolehkan mereka menerima bayaran lebih awal, mulai 5 Sep.
Senarai bank yang mengambil bahagian ialah: Bank of China, CIMB, Citibank, DBS Bank / POSB, HSBC Bank, ICBC, Maybank, OCBC Bank, RHB Bank, Standard Chartered Bank, Trust Bank dan UOB Bank.
Mereka yang tidak mempunyai akaun bank terpaut PayNow-NRIC, tetapi mempunyai akaun bank DBS/POSB, OCBC atau UOB, boleh memberikan maklumat akaun bank mereka di laman web govbenefits selewat-lewatnya pada 27 Ogos. Mereka kemudiannya akan menerima bayaran tunai melalui GIRO mulai 13 Sep.
Mereka yang tidak menggunakan kedua-dua pilihan bayaran tersebut boleh mengeluarkan bayaran tunai itu di mana-mana ATM OCBC di bawah khidmat GovCash.

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.