2.4 juta anggota NTUC dapat jimat 10% berbelanja di Kopitiam
SINGAPURA: Pergerakan buruh NTUC sedang meningkatkan usaha untuk mengurangkan tekanan inflasi terhadap harga makanan.
Mulai sekarang hingga 25 Mei, para anggota NTUC dan NTUC Link boleh membeli separuh harga empat barang tertentu setiap minggu di pasar-pasar rayanya.
Di samping itu 2.4 juta anggota juga berjimat 10 peratus apabila berbelanja di pusat-pusat makanan Kopitiam.
Namun pembayarannya perlu menggunakan aplikasi NTUC.
Para pelanggan akan mendapat semula wang mereka dalam bentuk potongan harga tunai dan mata ganjaran sebagai ahli.
Program itu telah dicuba di Jurong Point dan Northshore.
Ia dijangka diluaskan meliputi kesemua 46 Kopitiam menjelang akhir tahun ini.
"Kami akan menggunakan pendigitalan sepenuhnya supaya kos perniagaan kami tidak meningkat," ujar Setiausaha Agung NTUC, Ng Chee Meng.
"Jika kami hanya berganjak apabila orang terakhir berupaya melakukannya, saya khuatir penjimatan yang boleh dilakukan tidak dapat diberikan kepada kita semua. Apabila boleh, kami akan melihat sekiranya juruwang kami boleh membantu. Jika ia dapat dilakukan, saya harap anda dapat bersabar kerana perlu menunggu lama sedikit," tambah beliau.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.