2,389 kes baru COVID-19 di S'pura; 1 kematian
Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 2,389 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Ahad (13 Jun).

Orang ramai melintasi jalan raya di Raffles Place pada 6 Sep 2021. (Gambar: Gaya Chandramohan)
Ia terdiri daripada 2,182 jangkitan tempatan dan 207 kes import.
Satu kematian dilaporkan.
Berikut maklumat yang perlu anda tahu:
KEMAS KINI KEADAAN
Kes baru pada 13 Jun: 2,389
Kes baru tempatan: 2,182
Kes import: 207
Jumlah kes baru Protokol 2: 2,173
Ini terdiri daripada 1,980 kes tempatan dan 193 kes import.
Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.
Lagi 216 kes disahkan menerusi ujian PCR.
Sebanyak 202 adalah jangkitan tempatan, manakala 14 adalah kes import.
Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,343,645
KEMATIAN
Kes kematian pada 13 Jun: 1
Jumlah kematian sejauh ini: 1,398
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 0.97, naik sedikit berbanding 0.96 semalam (12 Jun).
Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.
Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.
KEADAAN DI HOSPITAL
Seramai 263 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 240 semalam (12 Jun).
Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 27
Dipantau rapi di ICU: 3
Seramai 3,018 pesakit dibenarkan keluar hospital.
PERKEMBANGAN VAKSINASI
Setakat Ahad (12 Jun), 96 peratus penduduk yang layak sudah divaksin di bawah program vaksinasi nasional.
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 77 peratus
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.