230,000 kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah bakal terima tokokan CDA S$200
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sekitar 230,000 kanak-kanak akan menerima tokokan S$200 setiap seorang ke dalam Akaun Pembangunan Anak (CDA) mulai Khamis (8 Sep).
Tokokan CDA itu akan memberi manfaat kepada semua kanak-kanak Singapura berumur enam tahun dan ke bawah pada 2022, menurut Kementerian Kewangan (MOF) serta Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dalam kenyataan bersama pada Isnin (5 Sep).
Tokokan CDA itu sebahagian daripada Pakej Bantuan Keluarga Tambahan yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 untuk menyediakan keluarga dengan bantuan tambahan bagi menampung perbelanjaan untuk membesarkan anak mereka.
Dana dalam CDA boleh digunakan untuk membayar keperluan pendidikan dan jagaan kesihatan anak mereka.
"S$200 itu akan disalurkan langsung ke dalam akaun CDA kanak-kanak secara bertaha-tahap mulai 8 September ataupun selepas CDA dibuka, bergantung kepada mana yang datang kemudian" menurut kenyataan bersama itu.
Ibu bapa yang belum mendaftar akaun CDA mesti berbuat demikian selewat-lewatnya pada 30 Jun 2023 agar anak-anak mereka boleh menerima wang tokokan tersebut.
Ibu bapa boleh melihat baki CDA anak mereka dengan menyemak penyata bulanan bank bagi CDA mereka.
Kanak-kanak berumur tujuh hingga 20 tahun juga akan menerima tokokan S$200 ke dalam akaun Edusave atau Akaun Pendidikan Posmenengah (PSEA) mereka pada Mei tahun ini.
Untuk melindungi daripada penipuan, notifikasi SMS yang dihantar kepada pemegang amanah hanya akan dikirimkan daripada ID SMS "MSF", menurut kenyataan bersama itu.
Notifikasi tersebut hanya akan mengandungi maklumat mengenai status tokokan selepas ia disalurkan ke dalam CDA kanak-kanak itu.
"Pemegang amanah CDA tidak akan disuruh untuk membalas SMS atau menekan mana-mana pautan, atau memberikan maklumat kepeada pengkirim.
"Mesej tokokan CDA tidak akan dihantar melalui WhatsApp atau platform mesej aplikasi mudah alih yang lain."

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.