23,000 pekerjaan mahir bakal diwujudkan hasil transformasi syarikat tempatan
SINGAPURA:Sekitar 23,000 pekerjaan mahir dijangka diwujudkan dalam beberapa tahun akan datang, hasil usaha tranformasi oleh lebih 22,000 syarikat.
Firma-firma tersebut bekerjasama dengan Enterprise Singapore (ESG) untuk meningkatkan inovasi, membangunkan keupayaan baru dan meneroka pasaran global.
Pada 2021, firma-firma yang bekerjasama dengan ESG menyaksikan lonjakan 44 peratus perniagaan berbanding tahun sebelumnya.
Usaha kerjasama tersebut bernilai sekitar $18 bilion.
ESG menyatakan ia kekal optimistik tetapi berhati-hati tentang ekonomi tahun ini.
Ia akan meneruskan usaha transformasi untuk membantu perniagaan merebut peluang di tengah-tengah keadaan tidak menentu.
ESG juga sudah mempertingkatkan usaha untuk membantu syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) memanfaatkan digital.
Inisiatif itu pertama kali dilancarkan pada Januari 2019 oleh ESG dan IMDA, membolehkan syarikat SME mendaftar bagi huraian digital untuk sekurang-kurangnya 18 bulan.
Mereka kemudian tidak perlu membayar yuran untuk sekurang-kurangnya enam bulan.
Pinjaman bernilai sekitar $8.6 bilion juga diberikan kepada 12,600 perniagaan tahun lalu.
Sebahagian besar daripadanya adalah di bawah program Pinjaman Sementara dan Pinjaman Skim-Perdagangan Pembiayaan Enterprise.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.