2,300 keluarga terima habuan 'Meat For Eid' Jamiyah SG, naik 15% berbanding tahun lalu
Anggaran Waktu Membaca:

Majlis berbuka puasa bersama masyarakat dan pengagihan pek ‘Meat For Eid’ Jamiyah Singapura pada Sabtu (29 Mac) dihadiri Menteri Pembangunan Negara, Desmond Lee. (Gambar: Jamiyah Singapura)
SINGAPURA: Jumlah keluarga yang dibantu di bawah inisiatif 'Meat For Eid' oleh Jamiyah Singapura meningkat 15 peratus tahun ini kepada 2,300 keluarga.
Ia kembali buat edisi kesembilan tahun ini.
Ia adalah sebahagian usaha dan inisiatif bantuan makanan pertubuhan itu pada bulan Ramadan dan menjelangnya Syawal.
Istimewa tahun ini, di samping pengagihan pek habuan 'Meat For Eid', Jamiyah Singapura turut menganjurkan sebuah majlis berbuka puasa bersama masyarakat di Pusat Jampacked mereka di West Coast, Radin Mas dan Bukit Batok.
Usaha itu adalah hasil kerjasama Jamiyah Singapura dan diperluaskan kepada 12 kawasan merata negara tahun ini.
"Ini memberi peluang kepada penyokong dan penerima bantuan untuk berbuka puasa bersama dalam bulan yang diberkati. Tambahan pula, kerjasama dengan 12 kawasan undi telah meluaskan jangkauan kami, membolehkan kami memperkukuhkan perpaduan sosial sambil membantu keluarga kurang berkemampuan dari semua kaum dan agama," kongsi Penolong Setiausaha Agung Jamiyah Singapura, Mahmud Ahmad.
Beliau berkongsi hal itu di acara pengagihan hamper 'Meat For Eid' kepada 308 keluarga memerlukan di West Coast pada Sabtu (29 Mac).
Ini termasuk 20 penghuni Rumah Jagaan Jamiyah, 188 para penerima bantuan Jampacked@West Coast dan 100 penerima bantuan West Coast GRC.
"Penerima merangkumi penerima bantuan di bawah jagaan Jamiyah Singapura serta keluarga yang dikenalpasti melalui kerjasama dengan kawasan-kawasan undi di seluruh Singapura.
"Peningkatan ini mencerminkan komitmen kami untuk memperluaskan jangkauan bantuan kepada lebih ramai keluarga dari semua lapisan masyarakat, membolehkan mereka menikmati hidangan istimewa semasa Hari Raya," kata Encik Mahmud.
DAPAT KURANGKAN BEBAN PERBELANJAAN MENJELANG LEBARAN
Selain dua ekor ayam, para penerima juga boleh memilih untuk membawa pulang dua kilogram daging lembu atau kambing.
Mereka juga menerima hamper 'Meat For Eid' yang mengandungi bahan-bahan masakan lain seperti rempah rendang dan ketupat segera.
Pihak penganjur berharap usaha murni itu dapat meringankan beban perbelanjaan para penerima habuan dan pada masa yang sama dapat menceriakan dan memeriahkan lagi sambutan Syawal mereka.
"Kami memulakan inisiatif ini sembilan tahun lalu kerana menyedari daging dan ayam adalah bahan penting yang mungkin sukar dibeli oleh keluarga kurang berkemampuan.
"Sepanjang pengetahuan kami, Jamiyah Singapore adalah satu-satunya organisasi yang memberi fokus kepada pengagihan daging dan ayam khusus untuk Hari Raya. Kami berharap usaha ini juga dapat menguatkan semangat kebersamaan antara masyarakat Singapura tanpa mengira latar belakang," kata Encik Mahmud.
Turut hadir untuk menyokong usaha itu ialah Menteri Pembangunan Negara, Desmond Lee.
"Saya memuji usaha Jamiyah kerana aktif dalam masyarakat kerana apabila saya katakan kita bekerjasama, ia bukan sekadar menyokong pemerintah menyelesaikan masalah tetapi kita semua berkumpul untuk menyelesaikan masalah di peringkat nasional dan tempatan.
"Jadi sebagai contoh, Jamiyah aktif dalam masyarakat kami selama bertahun-tahun dalam Jampacked,menyokong keselamatan makanan dan keperluan keluarga berpendapatan rendah dengan menubuhkan perkhidmatan sosial," kata Encik Lee.
Seramai 70 relawan daripada pelbagai pertubuhan turut terlibat dalam inisiatif itu.
Ini termasuk kakitangan dan relawan Jamiyah Singapura dan Rumah Jagaan Jamiyah, Pertubuhan Akar Umbi West Coast, para penghuni Rumah Peralihan Jamiyah, Fave SG, Mercs Inc Car Club dan anggota dari Simply Volunteers.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.