23 tan minyak bocor dari hos rosak Pangkalan Brani PCG; tiada tompokan minyak dikesan
Sekitar 23 tan minyak bocor dari hos bahan api yang rosak di pangkalan Polis Pengawal Pantai (PCG) di Pulau Brani, menurut pihak berkuasa dalam satu kenyataan pada Khamis (6 Feb).
Gambar fail Pangkalan Brani Polis Pengawal Pantai. (Gambar: Facebook/SPF, Polis Pengawal Pantai)
Tiada tumpahan minyak dikesan, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF), Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dalam satu kenyataan bersama.
Kebocoran minyak diesel itu dikesan di Pangkalan Daerah Brani pada Rabu sekitar pukul 11.40 pagi dan akhirnya diasingkan sekitar pukul 3.40 petang.
Minyak itu adalah dari hos bahan api yang rosak yang digunakan untuk mengisi minyak kapal peronda di Selat Sengkir.
PCG dan MPA mengerahkan kapal peronda dan "sumber tindak balas tumpahan minyak" untuk membersihkan tompok-tompok kecil tumpahan minyak di perairan selatan Singapura.
"Para kontraktor juga telah diaktifkan untuk menyokong operasi itu. Tiada tompokan minyak diperhatikan," menurut pihak berkuasa.
Trafik perkapalan di kawasan itu tidak terjejas. Tiada kesan terhadap operasi di Pelabuhan Singapura, tambah kedua-dua agensi itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.