Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

23 pesalah ditangkap bawa pekerja naiki lori tanpa bumbung, perlindungan sewajarnya dalam separuh pertama 2021

Bagi separuh pertama 2021, 23 pesalah ditangkap membawa pekerja menaiki lori yang tidak berbumbung atau tidak mempunyai bumbung cukup besar untuk melindungi semua pekerja, kata Menteri Kanan Pengangkutan Amy Khor pada Isnin (2 Ogos). 

Anggaran Waktu Membaca:
23 pesalah ditangkap bawa pekerja naiki lori tanpa bumbung, perlindungan sewajarnya dalam separuh pertama 2021

Para pekerja menaiki lori di Singapura.

Diterbitkan : 02 Aug 2021 05:40PM Dikemas Kini : 02 Aug 2021 05:43PM

SINGAPURA: Bagi separuh pertama 2021, 23 pesalah ditangkap membawa pekerja menaiki lori yang tidak berbumbung atau tidak mempunyai bumbung cukup besar untuk melindungi semua pekerja, kata Menteri Kanan Pengangkutan Amy Khor pada Isnin (2 Ogos).

Beliau memjawab pertanyaan pertanyaan Anggota Parlimen Louis Ng (PAP-Nee Soon) yang tentang langkah-langkah disarankan bagi memastikan pekerja yang dibawa menaiki lori tidak basah kerana hujan sepanjang perjalanan mereka.

Sejak 2011, semua lori yang digunakan untuk membawa penumpang belakang kenderaan dikehendaki dipasang bumbung supaya menyediakan perlindungan termasuk jika cuaca buruk berlaku.

Pesalah kali pertama boleh dikenakan denda sehingga S$1,000, dipenjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya. Hukuman ini digandakan bagi pesalah berulang.

Dr Khor berkata pihak berkuasa memandang "serius" kesalahan seumpama itu dan mereka sudahpun "menguatkuasakan secara aktif" peraturan tersebut. Pihak berkuasa katanya "tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas" terhadap pesalah.

Orang ramai juga boleh menghubungi talian hotline Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk melaporkan sebarang insiden yang tidak mematuhi peraturan tersebut.

Dr Khor berkata semua majikan amat digalakkan memainkan peranan mereka dalam memastikan kebajikan pekerja mereka.

Sekiranya berlaku cuaca buruk sehingga kanopi itu sendiri mungkin tidak memberikan perlindungan yang mencukupi, majikan boleh mengambil inisiatif untuk memasang pelindung hujan, yang biasanya adalah kanvas kalis air yang dipasang di bahagian belakang kenderaan mereka.

"Jika boleh, majikan seharusnya juga menimbangkan untuk tangguhkan dahulu perjalanan sehingga hujan lebat berhenti," tambah beliau.

Amalan membawa pekerja menaiki lori menarik tumpuan sekali lagi awal tahun ini berikutan beberapa insiden berasingan yang mengakibatkan pekerja cedera.

Terdapat dua laporan kemalangan pada April dan satu daripadanya, yang berlaku di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE), menyebabkan dua orang meninggal dunia.

Pada Mei, Kementerian Pengangkutan menyatakan ia sedang "meninjau satu semakan" ke atas langkah-langkah untuk menggunakan lori bagi membawa pekerja bagi meningkatkan keselamatan. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan