23 lelaki diberkas dalam operasi polis banteras eksploitasi seksual kanak-kanak
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Singapore Police Force)
SINGAPURA: Seramai 23 lelaki diberkas dalam satu operasi yang dilancarkan di merata negara yang bermatlamat untuk membanteras kegiatan-kegiatan eksploitasi seksual kanak-kanak secara online.
Seorang lelaki berusia 44 tahun juga sedang disiasat, menurut polis dalam kenyataannya pada Isnin (27 Mac).
Para individu yang diberkas berusia antara 22 hingga 61 tahun dan disyaki memiliki, mengedar dan mempunyai akses kepada bahan penderaan kanak-kanak.
Ia termasuk mengedar bahan-bahan lucah dan memiliki filem-filem lucah.
Para pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (CID) melancarkan serbuan ke atas beberapa tempat merata Singapura.
Kesemua peranti elektronik, termasuk komputer, telefon bimbit dan cakera keras dirampas dalam operasi selama lima minggu itu.
Sesetengah lelaki tersebut sudah dirujuk kepada Skim Bantuan dan Rujukan Masyarakat Pasukan Home Team (HT CARES), dedah polis.
"Pekerja sosial, juga dikenali sebagai pegawai CARES, akan menjalankan penilaian sosial terhadap lelaki-lelaki tersebut dan akan menilai sama ada sebarang campur tangan diperlukan."
Pihak polis menambah bahawa ia akan terus mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap kegiatan eksploitasi seksual kanak-kanak online.
Ia termasuk pemilikan dan pengedaran bahan-bahan penderaan kanak-kanak. Sesiapa yang didapati melakukan kegiatan sedemikian akan berdepan dengan tindakan tegas mengikut undang-undang.
Di bawah Kanun Keseksaan, sesiapa yang didapati bersalah kerana memiliki atau mempunyai akses kepada bahan-bahan penderaan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau disebat.
Mereka yang didapati bersalah kerana mengedar, menjual, menawarkan bahan penderaan kanak-kanak atas tujuan yang disebutkan di atas, boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun dan didenda, atau disebat.
Bagi kesalahan mengedar atau memiliki bahan-bahan lucah, mereka boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan, didenda, atau kedua-duanya sekali.
Sesiapa yang didapati bersalah kerana memilki sebarang filem lucah boleh didenda S$20,000 atau dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.