2,271 kes baru COVID-19 di S'pura; tiada kematian
(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Kementerian Kesihatan (MOH) melaporkan 2,271 kes baru COVID-19 di Singapura setakat 12.00 tengah hari Isnin (9 Mei).
Ia terdiri daripada 2,173 jangkitan tempatan dan 98 kes import.
Tiada kematian dilaporkan.
Berikut maklumat yang perlu anda tahu:
KEMAS KINI KEADAAN
Kes baru pada 8 Mei: 2,271
Kes baru tempatan: 2,173
Kes import: 98
Jumlah kes baru Protokol 2: 2,037
Ini terdiri daripada 1,951 jangkitan tempatan dan 86 kes import.
Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.
Lagi 234 kes disahkan menerusi ujian PCR.
Sebanyak 222 adalah jangkitan tempatan manakala 12 adalah kes import.
Jumlah kes terkumpul sejauh ini sejak pandemik melanda: 1,220,193
KEMATIAN
Kes kematian pada 9 Mei: 0
Jumlah kematian sejauh ini: 1,352
Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan adalah 1.1 naik berbanding 1.01 semalam (8 Mei).
Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.
Kadar di bawah 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baru COVID-19 semakin merosot.
KEADAAN DI HOSPITAL
Seramai 241 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 240 semalam (8 Mei).
Memerlukan bantuan oksigen di wad biasa: 27
Dipantau rapi di ICU: 6
Seramai 3,070 pesakit dibenarkan keluar hospital.
PERKEMBANGAN VAKSINASI
Setakat Ahad (8 Mei), 92 peratus penduduk Singapura yang layak sudah lengkap divaksin di bawah program vaksinasi nasional.
Baru menerima satu dos: 93 peratus
Sudah lengkap dua dos: 92 peratus
Sudah disuntik dos penggalak: 74 peratus
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.