2,200 peserta bentuk kontinjen terbesar NDP dalam 3 tahun
Peserta kontingen Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini merupakan yang paling ramai dalam tiga tahun.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Peserta kontingen Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini merupakan yang paling ramai dalam tiga tahun.
Seramai 2,200 peserta membentuk 37 kontinjen perbarisan yang tampil secara fizikal dan maya kali ini.
Mengatur langkah selari dengan para anggota kontinjen yang lain kini sudah terbiasa bagi para peserta NDP.
Namun, ia mengambil waktu yang lama dengan berjam-jam latihan di bawah terik matahari.
Latihan diadakan setiap hujung minggu seawal bulan Mei lalu.
Mereka kini sudah berlatih lebih 13 kali, menjelang Hari Perbarisan pada 9 Ogos nanti.
Penyertaan 2,200 orang di NDP 2022 adalah hampir tiga kali ganda pada tahun lalu.
Bagi Nur Fadilah, meskipun ini bukanlah pelibatan pertamanya dalam acara NDP, ia cukup istimewa kerana beliau diberi tugas membawa panji-panji bagi unit Kor Perubatan SAF yang diwakilinya.
"Sejak kecil lagi, ibu bapa bawa saya menonton NDP dan ketika berdiri bersama orang ramai, saya dapat lihat para peserta berbaris lalu, terutama mereka yang membawa panji-panji. Terpahat azam di benak saya, satu hari nanti, untuk turut melakukannya. Jadi, ini pengalaman yang tidak dapat dilupakan serta menyentuh perasaan," kongsi Nur Fadilah.
Sebagai satu-satunya wanita yang menjadi pembawa panji-panji bagi perbarisan kali ini, Nur Fadilah berharap lebih ramai kaum hawa akan diberi tugas tersebut semasa NDP di masa-masa akan datang.

Sumber : CNA/IQ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.